Monday, February 13, 2012

98#Ai no Kotoba ~ [Review] Angelic Layer


Angel's wings! Please guide me and Hikaru! 

Satu lagi anime CLAMP yang jadi favourite aku, Angelic Layer! Genre dia lebih kepada tech la. Ada battle doll yang comel & handsome yang kita boleh reka sendiri costume dia. 




Anime ni mengisahkan Suzuhara Misaki yang selama ni terpisah dengan mak dia, Suzuhara Shuko. Sejak dia kecil lagi, mak dia tinggalkan dia dengan datuk & nenek kat bandar kecil. Alasan mak dia, mak dia pergi kerja. Sejak hari tu, dia tak pernah jumpa mak dia and tak pernah dapat balasan untuk surat-surat yang dia hantar. Masa dia mula-mula masuk middle school, umur 12, dia berpindah ke Tokyo dan duduk kat rumah auntie Shoko, adik mak dia. 

First day sampai kat Tokyo, dia dah terpegun dengan battle doll yang ditayangkan kat skrin besar di Tokyo. Battle antara Angelic Layer's previous champion, Athena dengan lawannya yang agak besar. Misaki agak kagum sebab Athena tu kecil aje, tapi dapat kalahkan battle doll yang lebih besar daripada dia. And, she met Icchan yang tanpa pengetahuan Misaki, merupakan pencipta battle dolls tu semua. 



Dari situ, Misaki mula berminat dengan doll's battle ni. Dia beli satu battle doll and namakannya Hikaru. Hikaru ni pun jenis battle doll yang kecil. Misaki yang memang bukan jenis athletic and kecil sampaikan kadang-kadang orang fikir dia elementary schooler, nak buktikan yang orang kecil macam dia pun boleh buat something macam ni.

Misaki masuk Angelic Battle kat area bandar dia and berjaya ke nationals. Dia diberi gelaran Miracle Rookie sebab ni first time dia masuk Angelic Battle tapi dah ramai rivals yang dia kalahkan. Dan, akhirnya dia dapat bersemuka dengan Shu, pemilik Athena. Tanpa Misaki sedar, rupa-rupanya Shu tu ibunya, Shuko yang dikatakan sibuk bekerja.





perempuan berambut panjang ngan battle doll yang ada sayap tu lah mak Misaki, pic ni masa dia dah boleh berjalan menggunakan kaki palsu yang dikawal menggunakan minda juga

Rupa-rupanya, selama ni Shuko mengalami penyakit saraf yang menyebabkan dia lumpuh. Shuko tak nak Misaki tahu pasal keadaannya ini. Hanya parents Shuko (Misaki's granpa & grandma) dan adik dia, Auntie Shoko yang tahu pasal ni. Battle doll ni pula salah satu projek Icchan sebab nak kaji penyakit Shuko dan akhirnya, menjadi satu permainan yang famous kat Jepun.



Kalaulah Angelic Layer memang betul-betul ada kat dunia ni (aku tak tau ada ke tak), memang aku tabiklah siapa yang boleh masuk dan menang perlawanan ni sebab setiap battle doll ni bergerak mengikut arahan dalam minda pengawalnya. So, berkait dengan saraf lah. Bab nak buat aksi mempertahankan diri, menari, melompat  tu semua bergantung pada kecekapan si pengawal mengaplikasikan gerak aksi berlawan pada battle doll dia.

Anime ni semua sekali ada 26 episod and nak kata best sangat tu, maybe biasa-biasa ajelah. Tapi, anime ni sesuai untuk sesiapa yang suka tengok something exciting macam battle doll ni. 

No comments:

Post a Comment

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)