Sunday, February 5, 2012

83#Ai no Kotoba ~ Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah


1441 years ago, on this exact day, a great man was born. A man who changed history, a man who showed humans right from wrong, and light from darkness. He taught us love, peace and decency. A man whose love has lived in peoples' heart for centuries. A man whose teachings have shaped our lives and his love has been and will be with us till the end of our lives. Peace and blessings be upon you Prophet Muhammad! - Awakening Record

Maulidur Rasul datang lagi. Maulidur Rasul bukan setakat cuti aje, tapi suatu hari untuk kita terus mengingati Rasulullah SAW. Baginda yang merupakan Nabi dan Rasul terakhir sanggup menggadai segala-galanya untuk melihat Islam tersebar. Malah, baginda pernah diancam bunuh beberapa kali disebabkan kesungguhan baginda untuk terus menyebarkan Islam. Sebelum kewafatan baginda, Rasulullah SAW telah meninggalkan dua perkara kepada kita sebagai pembimbing hidup sepanjang zaman iaitu al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Jika kita terus berpegang dengan kedua-duanya, insya-Allah hidup kita tak akan tersesat.

La ila haillallah muhammadur rasulullah

Sebelum kewafatan baginda yang juga jatuh pada 12 Rabiulawal, tarikh sama baginda dilahirkan di muka bumi ini, baginda tidak putus-putus menyebut 'ummati,ummati' yang bermaksud 'ummatku'. Subhanallah, betapa kasihnya baginda kepada ummatnya, iaitu kita yang tidak pernah bersua muka dengan Rasulullah SAW sendiri.

Pernah suatu ketika semasa Rasulullah SAW berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata baginda. Para sahabar gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi pada wajah baginda SAW. Lalu Saidina Abu Bakar r.a. menghampiri baginda lalu bertanya apakah yang menyebabkan baginda menitiskan air mata? Lalu baginda menjawab bahawa baginda merindui ikhwannya. 

Saidina Abu Bakar bertanya " Bukankah kami ini (para sahabat) ikhwanmu?". Baginda SAW menjawab, " Tidak, Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku." Lalu, baginda Rasulullah SAW menyambung lagi, " Ikhwanku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka."

"Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan berbahagialah tujuh kali ganda orang-orang yang beriman dengan aku tetapi tidak pernah berjumpa dengan aku. Aku sangat rindu untuk bertemu dengan mereka."

Marilah kita sama-sama menghidupkan sunnah Rasulullah SAW tanpa mengira pangkat, kekayaan, warna kulit, bangsa dan sebagainya. Semoga kita tergolong dalam ikhwan baginda Rasulullah SAW. La ila haillallah muhammadur rasulullah.


No comments:

Post a Comment

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News