Friday, February 3, 2012

79#Ai no Kotoba ~ Kelebihan & Amalan Sunnah Pada Hari Jumaat


 Salam Jumaat semua :) . Seperti yang korang sedia maklum, hari Jumaat merupakan penghulu segala hari? What is penghulu segala hari? Ala... macam ketua la. Korang boleh kata yang hari Jumaat ni ketua kepada semua hari yang ada dalam tempoh seminggu ni. Hari Jumaat ni ada banyak kelebihan tau, bukan sekadar penghulu segala hari aje. Kat sini Hana nak berkongsi kelebihan dan amalan sunnah Rasulullah SAW pada hari Jumaat. Terima kasih kepada Inche Google dan buku-buku berkaitan yang membantu. Mungkin dah ramai yang tahu tapi tak salah nak terus berkongsi kan? *gaya Addin buat kening double jerk.



Rasulullah SAW bersabda, " Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah SWT iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha, hari raya Fitrah. Pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam a.s dan baginda diturunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu wafatnya Adam a.s dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat'. [Hadis Riwayat Ibnu Majah]

Antara kelebihan hari Jumaat ialah:
  1. Terjadinya peristiwa penciptaan Nabi Adam a.s sebagai manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT. Hari penyingkiran Nabi Adam a.s dan Siti Hawa dari syurga kerana mengabaikan larangan-Nya untuk tidak memakan buah khuldi juga berlaku pada hari Jumaat.
  2. Hari Jumaat juga selalu dikaitkan dengan hari kiamat, yakni hari pembalasan kepada semua. Dalam hadis riwayat Muslim, Nabi SAW menyebut " Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu, tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.
  3. Sesiapa yang meninggal dunia pada hari & malam Jumaat juga akan terselamat dalam seksaan kubur. Ingat arwah Izwan Pilus? Beliau meninggal pada hari Jumaat. Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi. al-Fatihah.  Rasulullah SAW bersabda, " Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). [Hadis Riwayat at-Tirmizi. al-Albani mengatakan hadis ini hasan dalam Ahkam Janaiz]
Amalan sunnah Rasulullah SAW pada hari Jumaat:

Banyakkan berdoa dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW pernah bersabda, " Perbanyakkan membaca selawat kepadaku pada malam dan hari Jumaat. Maka sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)". [Hadis Riwayat al Baihaqi]

Bagi kaum Adam yang pergi solat Jumaat, tumpukan perhatian pada bacaan khutbah. Rasulullah SAW bersabda maksudnya, " Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya". [Hadis Riwayat Muslim]

Membaca surah al-Kahfi juga merupakan amalan sunnah Baginda Rasulullah SAW. Tahu surah tu? Surah tu mengenai Ashabul Kahfi, kisah beberapa orang pemuda (dah lupa ada berapa orang) yang melarikan diri daripada pemerintah yang kejam. Mereka berlindung di dalam sebuah gua dan tertidur. Allah SWT menyedarkan mereka pada zaman pemerintahan seorang pemerintah yang adil (kalau tak salah, ambil masa hampir 3 abad, iaitu 300++ tahun). Rasulullah SAW bersabda, " Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat." [Sahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani] 

Antara amalan sunah yang lain pula termasuklah berwangi-wangian bagi lelaki, beriktikaf (seelok-eloknya diamalkan setiap kali berada di masjid) serta memotong kuku dan bercukur.

p/s: Cuma ingin berkongsi di sini. Kalau ada yang salah, tolong betulkan :) Jangan segan-segan. 


No comments:

Post a Comment

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News