Sunday, June 9, 2013

500#Ai no Kotoba ~ [Anime Review] Code : Breaker


*scheduled post*

Kali ni nak review satu anime yang dah lama Hana tengok! Code : Breaker! He he :D


Pada suatu malam, Sakurakouji Sakura yang berada di dalam bas ternampak sesuatu yang mengejutkan dan mengerikan. Sakura ternampak beberapa orang dibakar hidup-hidup dalam api berwarna biru. Apa yang paling mengejutkan dia, seorang remaja lelaki yang turut berada di tempat kejadian tidak pula terbakar sama dengan api biru itu.

Pagi keesokan harinya, Sakura terus ke tempat kejadian tetapi tiada mayat atau pun bukti kejadian semalam. Pada hari yang sama, seorang pelajar baru masuk ke kelasnya. Sakura terkejut kerana Ogami Rei, pelajar baru di kelasnya merupakan remaja lelaki yang sama Sakura nampak di tempat kejadian semalam.


Rei menafikan saat Sakura bertanyakan Rei mengenai kejadian itu, tetapi tidak lama kemudian akhirnya rahsia Rei terbongkar juga. Rei merupakan the sixth Code : Breaker dan merupakan code yang terakhir. Code : Breaker merupakan kumpulan assassin yang mempunyai kelebihan yang unik dan mereka berkhidmat di bawah kerajaan.

Rei yang cuba membakar Sakura dengan api untuk menghapuskan saksi kejadian tidak berjaya dengan misinya. Sakura langsung tidak terbakar dengan api yang selalu digunakan untuk membakar manusia lain. Organisasi Code : Breaker berminat dengan apa yang Sakura miliki dan menggelarkannya The Rare Kind.


Kes demi kes terjadi dan Sakura berjaya menemui keenam-enam ahli Code : Breaker. Pada masa yang sama, lima daripada ahli Code : Breaker ada konflik dengan ex - Code : 01, iaitu Hitomi. Hitomi meninggalkan Code : Breaker atas alasan yang mereka tidak ketahui. Dan selepas rahsia sebenar Hitomi meninggalkan Code : Breaker terbongkar, mereka langsung tidak menyangka bahawa seseorang yang berpangkat besar dalam organisasi tersebut merupakan dalang kejadian yang menyebabkan Hitomi terpaksa meninggalkan mereka.

Anime ni semua sekali 13 episodes. Boleh kata lebih kepada shounen daripada shoujo, tetapi Hana bantai aje :P Sekarang ni mood nak tengok shounen type anime.

Till then.
Wassalam.

4 comments:

  1. wah minat nya dia ngn anime. akak da lama xlayan anime. masa kecik2 dlu ja layan. hehe

    ReplyDelete
  2. alahaii.. byknyer anime hana tgkk.. :)

    ReplyDelete
  3. mcm pnh bca ttg anime nie. .tp lupa. .wakaka. . :D

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News