About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Tuesday, February 14, 2012

100#Ai no Kotoba ~ [For Girls] Siapa Kata Berfesyen Macam Hana Tajima Salah? Cuma...


Ops! Jangan cepat melatah sebab tajuk macam tu. Tengah godek-godek fan page Kak Farah Lee, terjumpa pulak dengan video ni. Video yang membincangkan pasal fesyen hijab sekarang ni. Untuk entri ni, aku bukan nak kutuk ke, nak hentam ke atau nak apa-apa. Just nak kongsi video ni dan pendapat aku. 

comel kan Hana Tajima? ;)


Apa yang aku faham mengenai video ni, tak salah nak berfesyen bagai asalkan menutup aurat. Kita *perempuan Islam* tak wajib pakai tudung, tapi WAJIB tutup aurat. Nak pakai hijab style macam Hana Tajima, Heliza Helmi atau Maria Elena? Go ahead. Tak salah pun. Asalkan menutup dada,  rambut semua habis tutup, shawl tidak jarang, then habis cerita. And apa yang aku tau, kalau nak masukkan tudung dalam baju pun boleh asalkan tidak menampakkan bentuk dada kita *betulkan kalau aku salah*

Kak Ija pun comel :D


Siapa kata pakai tudung berfesyen macam ni salah? Tak salah. Even aku sendiri jarang pakai shawl atau pashmina sebab setia pada tudung sarung ala Ariani yang best tu, aku kata tak salah pun. Nampak gedik? Nampak cam diva? Biarkan aje apa yang orang nak kata. Garis panduan pemakaian dalam Islam untuk perempuan pun senang aje. Menutup aurat, bukan membungkus aurat. Menutup aurat lain, membungkus aurat lain.


Qays : Agak-agak wrapper ni balut apa? *memegang sesuatu yang berbalut cantik*
Durar : Kotak.
Qays : Sebab?
Durar : Kan berBALUT tu? Nampaklah apa yang sedang berBALUT tu.

Qays : Agak-agak dalam tudung saji ni ada apa? *menunjuk pada tudung saji pula*
Durar : Tak tahu.
Qays : Kenapa?
Durar : Sebab tudung saji tu dah TUTUP benda dalam tu. So, tak nampak ada apa dalam tu.
See? BALUT dan TUTUP lain. Kalau BALUT, kita boleh agak & nampak apa yang dibalut tu. Kalau TUTUP, kita langsung tak tahu benda yang bertutup dalam tu. Sama dengan aurat, kalau kita BALUT aurat akan menampakkan bentuk badan, lengan dan sebagainya tapi kalau kita TUTUP aurat, bentuk badan dan yang lain-lain tu tak akan diketahui oleh orang lain bentuknya macam mana.

Perempuan Islam yang sudah baligh wajib menutup aurat dan hanya boleh mendedahkan pergelangan tangan dan muka sahaja. So, kaki pun aurat lah. Korang boleh cari stoking yang khas untuk aurat, nak cari yang ada satu celahan pada ibu jari kaki pun ada so senanglah nak pakai heels atau other shoes yang ada pemisah ibu jari dengan jari kaki yang lain tu *aku tak tau orang panggil apa*. Berlambak aje di pasar malam dan mall. Cuma tunggu korang beli aje. And, pasal baju pulak, pakai baju yang agak longgar dan tidak jarang. Tapi bukannya terus pakai baju saiz XXXL tu. Tak adalah sampai macam tu.

Oh ya! Tabarruj secara keterlaluan juga dilarang dalam Islam. Tabarruj tu macam make up lah. Korang nak ke pergi sana sini tengah ramai orang dengan make up nak serupa dengan pelakon opera Cina? Tak, kan? 

Konklusinya *ayat skema BM*, pakai aje gaya tudung yang korang nak asalkan mengikut garis panduan yang sudah ditetapkan oleh Islam. Selepas kedatangan Islam, martabat wanita diangkat tinggi dan dijaga dengan baik seperti menjaga permata yang berharga. Sebab tu, semua garis panduan tu diciptakan olehNya. Semua tu bukannya sebab nak menyusahkan kita, tapi sebab nak menjaga maruah dan martabat kita. Peace!

p/s: ini sekadar pendapat aku. sorry sangat-sangat kalau ada yang tak suka dengan pendapat aku. aku pun bukannya alim, tapi tak salah kan nak berkongsi perkara yang baik? ^_^

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

3 book page(s) ♥:

Nina Juhari said...

Alhamdulillah, yang penting niat kan :) salam kenal;)

Haruno Hana 하나 said...

Nina : betul tu :) salam kenal juga ^_^

cweet pinky said...

nice pos la dear , hehehe ~

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)