About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Saturday, February 4, 2012

82#Ai no Kotoba ~ 4 Orang Lelaki Yang Ditarik Oleh Wanita Ke Neraka


Nampak tajuk entri kat atas?*buka mata luas-luas. Okey, kalau nampak jom baca. Entri ni agak famous kat Muka Buku. Tentu dah ada yang pernah baca, kan?






Ayahnya.
Ayah. Tahu kan ayah tu siapa? Okey, bila seorang lelaki yang sudah bergelar ayah, dia wajib menunaikan tanggungjawabnya dengan memberi segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengenal ilmu kalam dan sebagainya. Seperti tajuk di atas, jikalau dia mempunyai anak-anak perempuan tetapi membiarkan sahaja anak-anak perempuannya itu tidak menutup aurat, dia akan ditarik ke neraka oleh anak-anak perempuannya itu bersama-sama. 

Sanggup ke tarik ayah kita sama-sama dalam neraka? Kita nak masuk sorang-sorang aje pun dan takut-ketar-nervous-tahap-boleh-pengsan. Sehelai rambut perempuan yang kelihatan pada lelaki ajnabi akan mendapat satu dosa, kalau 100 000 helai rambut? Kalau 10 orang lelaki tengok? Fikir-Fikirkan.
 

Suaminya.
Yang ni untuk orang dah kahwin ya? Highlight sikit perkataan kahwin tu. Seorang suami wajib membimbing isterinya. Jikalau dia membiarkan sahaja isterinya bergaul bebas dengan rakan sepejabat tanpa mengira jantina, berpakaian tidak menutup aurat, tidak menjaga solat dan sebagainya, dia akan turut ditarik masuk ke neraka bersama-sama isterinya. Hatta seorang suami yang alim tetapi berdiam diri sahaja apabila si isteri menangguhkan solatnya pun kena juga tau? Peliharalah tanggungjawabmu sebaik mungkin wahai kaum Adam.

Abangnya.
Okey, yang ni untuk girls yang ada abang sahaja. Kalau ayah tiada, tanggungjawab menjaga maruah adik-adik perempuannya jatuh kepadanya. Walaupun dia memetingkan keluargnya dan pada masa yang sama membiarkan sahaja si adik melencong dari agama Islam, tak nak tegur adik sebab takut adik merajuk, tunggulah tarikan daripada adik-adik perempuannya nanti.




Aku tak ada abang. Ada ayah aje. Nak abang macam Kucai dalam [tunas] dan aA+bB boleh?  Ked dalam Versus tu ke? Tak pun macam Along dalam 5 Tahun 5 Bulan*puppy eyes. Semua watak abang dalam novel Hlovate aku letak kat sini.. Aiseh...
Anak-anak lelakinya.
Anak-anak lelaki juga punya tanggungjawab untuk menasihati ibunya jikalau didapati ibu mengata, mengumpat atau perkara-perkara lain, mereka akan disoal dan dipertanggungjawab di akhirat kelak kalau gagal atau tidak menasihat ibu mereka. Betullah, kan? Takkan nak biar ibu kita camtu aje? Tak kesian ke?


Hebatnya tarikan Wanita. Bukan sahaja di Dunia, malah di Akhirat juga. Maka, kaum Adam yang disebut di atas harus memainkan peranan mereka. Tapi, kaum Hawa tak bolehlah nak buat donno aje. Sama-sama main peranan. Islam agama sepanjang zaman :)

Firman Allah SWT : Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka di mana bahan pembakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...




Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

0 book page(s) ♥:

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)