About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Wednesday, February 29, 2012

123#Ai no Kotoba ~ 'Tanjoubi Omedetou, My Heart :D


Gara-gara sibuk dengan felt craft, lupa lak hari ni birthday my hubby. Iya. Tak caya? Tak caya sudah. Dahlah dia tu leap year baby, sambut birthday pun empat tahun sekali, boleh pulak Hana lupa birthday dia. Kesian, kesian. Nak buat kek pun tak sempat.




Okeylah. So, happy birthday to my beloved hubby, Fuji Syuusuke. Main tenis baik-baik ya? You cedera, I yang risau. Takpe, I tahu yang you asyik menang aje, kalah pun baru sekali, masa you main dengan Tezuka. Takpe, takpe, nanti I beli raket tenis yang baru ya? *gedik & sengal*




Okeylah, malam ni main tenis lagi ya? Daa~

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

122#Ai no Kotoba ~ Bear Craft For My Cutie Pie


Lewat petang tadi, terfikir nak buat bear phone strap. Yang ni, Hana niat nak bagi pada my cutie pie, si Puteri Bongsu. Lantaklah mata bulat comel tu dan phone strap dah habis, teruskan aje dengan apa yang ni. So, this is the result. Not bad, I guess ;3

Guna marker pen untuk hitamkan felt light brown tu. A good alternative. Ha ha ha :D

Neesa and her bear phone strap. Muka cam tak nak senyum aje. He he~

p/s : Done for today. Nak menulis pulak. Dah tiga hari manuskrip terbengkalai. He he ;)

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

121#Ai no Kotoba ~ Kraf Untuk Pagi Ini :D



Pagi ni sempat siapkan satu bookmark dan satu ribbon brooch yang kecil aje. Hajatnya nak buat teddy's head and cat's, tapi mata pulak takde. Nak ganti dengan kain warna hitam, ada kelabu aje. So, terpaksalah buat lain kali. Nak stop kejap, sambung lepas ni pulak. Daa~

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Tuesday, February 28, 2012

120#Ai no Kotoba ~ Hana's Handphone Strap



Dibuat tanpa planning. Boleh lah, ada lah jugak stail phone strap tu. Letih gak bila dok kira-kira nak letak harga berapa untuk my previous felt ^_^ . Planning nak buat bookmark, various type of brooches, shawl pin etc :) 

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

119#Ai no Kotoba ~ Dari 9 Sampai 12


Uiks? Apa maksud Dari 9 Sampai 12 tu? He he. Sebab dedikasi kerana baru aje beli starter kit ni, Hana gunakan masa dari pukul 9 pagi sampailah 12 tengah hari untuk buat felt crafts yang baru. Satu brooch bunga dan dua keychains berjaya disiapkan *ayat skema*. Agak berpuas hati even ada yang kurang kemas lagi. Tak apalah, pratices make perfects, kan? 




p/s : boleh dah nak kasi hadiah pada kawan-kawan yang handmade punya ^_^

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

118#Ai no Kotoba ~ My Very First Handmade Felt Craft


Untuk sesiapa yang baca my previous entry, ada dua, tiga entri yang Hana sebut pasal ke-mengidam-an nakkan Felt Craft Starter Kit. Dah lama sangat Hana cari starter kit ni, alhamdulillah jumpa juga. Kebetulan, supplier dia memang duduk kat Kelantan, so senanglah nak pergi beli. Kalau terdesak sangat aje baru Hana layan beli secara online. Tadi pergi Kedai SUS, serius comel kedai dia. Nak kata kedai tak juga, just macam bilik tunggal kecil kat luar rumah aje. Purple in colour tu! 

Masuk kat dalam, rasa sejuk aje sebab ada air cond. Dah lah kedai dia kecil aje, memang syok rasa sejuklah. Ada tiga orang kakak dalam tu. Kak Idda, the founder & owner of SUS, yang tegur aku. Dia tengah online FB masa tu, nampak fan page Kedai SUS. Eh! Stalker ke apa ni? Ha ha. Abaikan.

Masuk dalam tu, terus kata nak beli starter kit. Sempat jugak berbual dengan Kak Idda, ramah aje orangnya. Pemilik Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum tu! Cuma sebab minat sangat pada kraf, dia asaskan Kedai SUS. Lepas bla bla bla, kitorang terus balik. Sampai aje kat rumah, terus selongkar apa yang ada dalam starter kit tu. Nak tahu? Tengok gambar kat bawah.






Ada macam-macam dalam ni. Berbaloi dengan harga ^_^

Hana terus mula operasi nak explore dunia felt craft ni malam ni juga! Sempatlah siapkan dua felt craft yang simple. Satu brooch bunga, satu lagi keychain rama-rama.





Sila abaikan kalau rasa buruk sangat. Al maklumlah, I'm just a beginner. Esok nak try buat lagi keychain yang lain ^_^ 

p/s : tetiba baru rasa lapar. nak makan Mamee lah~ 

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Monday, February 27, 2012

116#Ai no Kotoba ~ Si Churpie Yang Comel


Tahu si Churpie? Ala.. burung comel Churp Churp tu. Rasanya dah ramai bloggers yang join si Churpie ni. Tapi, Hana baru sampai seru nak dapatkan si burung biru comel ni. 


Si Churpie ni banyak guna tau? Bolehlah nak dapat income lebih sikit sambil blogging ni. Ada sesiapa yang still tak ada lagi si Churpie ni? Klik SINI. Saja-saja aje nak promote sikit si Churpie yang comel ni. Risau pasal Nuffnang? Tak apa, tak apa. Menurut Inche Wan, Churp Churp ni berada di bawah Nuffnang lah. So, korang tak perlu delete Nuffnang korang tu.

Simple aje nak register join si Churpie ni, memandai sign up dan log in dengan Facebook atau Twitter aje. Tak faham macam mana nak daftar Churp Churp? Nak tutorial macam mana nak sign up tak? Jom kita tanya Inche Wan. Hana tengok tuto Inche Wan ada lain sikit masa Hana nak daftar Churp Churp tapi still boleh faham lagi. May be Churpie tukar sikit-sikit kot website dia? 

p/s : salam pagi ^_^

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Sunday, February 26, 2012

115#Ai no Kotoba ~ Saya Bangga Jadi Anak Kelantan!



Alhamdulillah, Hana bangga dilahirkan sebagai anak Kelantan. Dan teramat berbangga dengan Sultan Muhammad V, Tuanku Sultan Muhammad Faris Petra yang juga merangkap Timbalan Yang Di Pertuan Agong. Maha Suci Allah yang mengurniakan nikmat Islam kepada kami penduduk Kelantan. Bagindalah Imam Solat, baginda jugalah Ketua Kerajaan Negeri Kelantan. Laungan Daulat Tuanku baginda tukarkan dengan zikir Allahuakbar.

Walaupun negeri ini dikatakan negeri TER-miskin, tetapi :

  • Kelantan negeri miskin tetapi tiket bola antara yang TER-MAHAL tetapi stadium sentiasa penuh dengan penyokong-penyokong bola.
  • Kelantan negeri miskin tetapi baju The Red Warrior lengan pendek RM 80 manakala lengan panjang RM 100 tetap dibeli juga oleh ramai penyokong-penyokongnya.
  • Keuntungan Tesco di Kelantan antara yang TER-TINGGI di Malaysia.
  • Cuba diketuk pintu 10 buah banglo besar di Kelantan. 9 daripadanya milik orang Melayu manakala 1 lagi milik orang Cina.
  • Kelantan negeri miskin di Malaysia tetapi penduduknya makan beras import dari Thailand yang dikatakan antara beras tersohor.
  • Kelantan negeri miskin tetapi penduduknya mempunyai rumah sendiri walaupun harga tanah di Kelantan TINGGI berbanding negeri-negeri lain, kos buat rumahnya juga tinggi.
  • Kelantan negeri miskin tetapi ramai kaum Hawa di sini mempunyai EMAS yang mampu dipakai hingga ke siku.
  • Kelantan negeri miskin tetapi tapi dalam penerbangan tak kira dalam MAS, Air Asia dan Fireflyz sentiasa penuh.
  • Kelantan negeri miskin tetapi KB Mall, Parkson dan Tesco sentiasa penuh dengan rakyat Kelantan.
Moral of the story, berbanggalah dengan tanah tumpah darah anda tidak kira anda berasal dari mana sekalipun. Peace (^_^)v

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Saturday, February 25, 2012

114#Ai no Kotoba ~ Tutorial Transparent Header


Ola~ Okey, abaikan intro yang macam hampeh itu. Kali ni Hana nak post tutorial nak buat transparent header. Maybe dah ramai yang tahu tapi atas request Kak Kaisara, Hana akan ajar cara-cara nak buat transparent header. Yang ni khas untuk sesiapa yang rasa Photoshop tu leceh *akulah tu*. Tutorial ni pun Hana belajar dari kawan Hana juga, Liya Zafrina.

Korang hanya perlukan gambar yang korang nak edit, Photoscape *download kalau takde* dan laman web yang gorgeous ni sebab dah banyak tolong Hana masa mood nak edit header datang, Pixrl. Yang takde Photoscape tu, boleh try download kat SINI

CAUTION!!! Tutorial ni memerlukan banyak gambar untuk explanation secara details. Make sure line korang tak laju macam siput sedut. Kalau tak jelas, klik aje pada gambar-gambar tu ^_^.

Tutorial Header Transparent

1. Korang pergi ke Pixrl.com. Ada empat pilihan, dalam semua pilihan tu korang klik kat Create A New Image. Dia akan keluar macam kat bawah. Width and height tu korang boleh adjust berdasarkan saiz header yang korang nak. Hana biasanya guna 1000x450. Lepas adjust width and height tu, make sure korang tick kat box yang tulis transparent tu sebelum klik OK. Oh ya, yang ni just header base aje. Bukan untuk edit image lagi.

2. Dia akan keluar camni. Korang Save header base ni. Make sure korang save as PNG (transparent). Ada pilihan untuk Save As so korang klik kat save as PNG file. Kalau korang klik JPEG ke, dia tak akan jadi transparent dah. Save dalam folder yang korang nak.


3. Masa untuk edit image! Korang ulang Step 1, letaklah nama apa-apa pun untuk image yang korang nak edit tu. Adjust width and height ikut image size and klik OK. Tapi JANGAN LUPA, mesti tick kat transparent box tu. Klik pada gambar kat bawah kalau tak jelas. Perhati betul-betul ^_^.


4. Korang nampak aje kan tabs kat atas tu? Klik pada Layer tab dan klik pula pada Open Image As Layer. Yang ni akan keluar pilihan folder dan pilih folder yang menempatkan image yang korang nak edit tu. Klik aje pada image dalam folder tu.


5. Image yang korang pilih tu akan keluar camni. Untuk tutorial ni Hana pilih image Sakura dan Syaoran yang comel + sweet ^_^ 


6. Ni masa untuk korang erase background yang korang tak nak tu. Klik pada Eraser dan lepas tu akan keluar macam-macam pilihan untuk erasers. Klik aje yang mana korang berkenan. Biasanya Hana suka guna yang bulat comel tu untuk erase background secara cepat. Buat dengan hati-hati ya? Boleh undo kalau tersilap kena tempat yang korang tak nak kena erase. 


7. Dah siap erase background! Dia akan jadi macam ni. Akan ada lagi kesan yang tertinggal dekat image yang Hana nak simpan tu. 


8. Yang ni masa yang agak genting. For sure korang nak pastikan image tu bersih aje tanpa kesan background kan? Klik lagi pada Eraser dan pilih eraser yang kecik molek aje saiznya. Biasanya Hana guna yang paling hujung sekali. Saiz eraser tu boleh adjust ikut kesesuaian. Guna eraser tu untuk erase baki background tadi. Step ni memang susah dan kena buat dengan teliti. Banyak kali juga kena undo kalau tersilap erase. Sabar ya? ^_^


9. Lepas erase semua tu, akan jadi camni. Untuk image ni, Hana tinggalkan sikit kesan background warna biru tu untuk jadikan sebagai effect. Kalau korang nak erase terus aje baki background tu pun boleh. Ikut selera masing-masing. 


10. Lepas siap semua, bolehlah save. Cara save dia macam nak save header base tadi. Ingat untuk klik pada PNG sebelum Save ya? 


11. Step seterusnya, buka Photoscape korang dan klik pada Editor.


12. Kat tepi tu, korang klik pada folder yang menempatkan header base korang. Klik pada header base tu dan akan keluar macam ni.


13. Nampak tak tabs Home, Object, Crop dan Tools kat bawah tu? Kat situ, silakan untuk klik pada Object. Lepas tu klik pada gambar kecik kat situ dan akan keluar box macam ni. Silakan untuk klik pada Photo. Lepas klik photo tu akan keluar box untuk pilih image. Klik pada image yang korang dah edit tadi. 


14. Image tu akan menempek kat header base tu. Ikut koranglah nak kecilkan ke, besarkan ke, rotate ke, atas selera masing-masing ^_^


15. Masa untuk taip text! Korang klik kat huruf T besar tu dan akan keluar box camni. Ni turn korang untuk taip apa-apa aje yang korang rasa nak letak kat header tu. Ubah sekali warna, saiz font dan apa-apa ajelah. Nak fonts yang comel-comel? Boleh ke DaFont dan Fontspace. Untuk tutorial install fonts, sila rujuk Kak Lyssa. Cara install DaFont sama aje dengan Fontspace.


16. Tempek aje *buruk benor bahasanya* huruf tu kat mana-mana yang korang suka. Boleh tambah image lain kalau korang nak. Silalah explore Photoscape ya? Best dan simple aje cara nak guna benda alah ni. Lepas siap tu save. Untuk pilihan format, save dalam format PNG.


17. Dah save? Apa lagi, view aje lah. Kalau korang save as PNG, dia akan keluar camni untuk view. Ada macam kotak-kotak hitam putih camtu.


Okey. Siap pun my very first tutorial ni. Gunakan kreativiti korang untuk buat header yang best-best. Hana pun baru aje belajar nak buat header ni. Tak sampai tahap pro lagi. Amatur pun tak. Haha. Enjoy this entry okay? Sorry kalau ada kurang apa-apa. Komen aje kalau nak tanya apa-apa. Thanks ^_^

kredits : Liya Zafrina dan Kak Lyssa :)

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Friday, February 24, 2012

113#Ai no Kotoba ~ Wordless Afternoon




Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Thursday, February 23, 2012

112#Ai no Kotoba ~ Susah Kan Nak Berdisiplin?


Well, I'm talking about me. Even aku dah dapat title lepasan SPM tapi still perlukan jadual waktu. Kalau takde, boleh kata tak ada hala tuju lah hidup aku lepas SPM ni. Chill~



tempek besar-besar biar selalu nampak & melekat kat kepala *cilok pen abah yang dah nak habis ink*

Tu dia~ Kalau benda alah ni takde, tak siaplah manuskrip baru aku tu *abaikan tulisan yang nampak janggal sebab dah lama tak menulis*

nota kaki tambahan :


Aku buat header lagi~ special for my friend Zue. Sempatlah edit blog dia setakat yang aku boleh. Header ni just for her ^_^


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Wednesday, February 22, 2012

111#Ai no Kotoba ~ [Freebies] Simple Header


Ola~ Tetiba aje petang tadi mode nak buat header ter-on secara tak sengaja. So, kat sini Hana nak kasi empat simple header untuk sesiapa yang berkenan *bajet orang suka dengan header yang entah apa-apa entah tu*. I admit yang Hana tak pandai guna Photoshop, tak reti nak edit gambar tapi nampaknya, I satisfied dengan simple headers ni yang teramat simple sangat. Sesiapa yang rasa berkenan, jangan malu jangan segan, ambil aje. Kalau nak kasi kredit, kasi. Kalau tak nak, tak mengapa. Untuk enjoy aje.

One Target! Header SINI

A Little Love Header SINI

Beautiful Days Header SINI

The Fallen Angel Header SINI

p/s : paling suka dengan A Little Love Header tu~ comelnya Sakura & Syaoran! One Target tu pun suka gak! hehe~ *masuk bakul angkat sendiri*

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

110#Ai no Kotoba ~ Segmen : Just Like Rapunzel ~ Relations Without Boundaries


Ola~ Miss Ieyra yang tag Hana *eyh? biasa aku? ikut aje la* untuk segmen ni. Sesiapa yang suka tengok Rapunzel yang comel tu, jom pakat join segmen ni ^_^




Nak join? klik SINI ~



Hana pilih gambar ni sebab sweet~ aje :3

Mau tag sama~
 Farah Adilla
Alya Syahirah
Adda Suhaimi
Liya Zafrina
Zue Hassan

done! jom pakat join segmen ni ^_^

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)