Thursday, February 9, 2012

94#Ai no Kotoba ~ [Review] Kuroshitsuji



I'm just one hell of a butler.

Kali ni review pasal salah satu anime dalam Top List anime freak! Kuroshituji a.k.a. Black Butler. Anime ni lain daripada yang lain. I mean, it's not about a love story. Anime ni mengisahkan seorang budak lelaki 12 tahun, Ciel Phantomhive yang merupakan Tuan Besar di Phantomhive Mansion. Ciel ni ada buat satu agreement dengan seekor demon. Lepas agreement diorang bermula, Ciel beri nama Sebastian Michaelis pada demon tu. By the way, Sebastian is kakkoi and Ciel is kawaii! Ha ha.




Ciel & his demon butler, Sebastian.

Ciel ni merupakan The Queen's Dog, iaitu seorang yang Queen of England beri amanat untuk selesaikan masalah yang menganggu ketenteraman England. Kes besar lah maksudnya. Cuma Ciel ni tak dapat bantuan polis. Dia bergerak secara sendiri. Underground. Sejak dulu lagi keluarga Phantomhive jadi The Queen's Dog. Lepas ayah Ciel, Vincent Phantomhive mati dalam kebakaran, Ciel dipertanggungjawabkan dengan tugas mendiang ayahnya. Tapi, Ciel dibantu oleh Sebastian dalam menjalankan urusan-urusan dia.




Ciel : Listen Sebastian! This is an order!
Sebastian : Yes, my lord.


Ciel ni seorang budak yang arrogant, cold and tak boleh bergurau. Tapi, Ciel ada sebab dia yang tersendiri. Pada malam birthday dia yang ke 10 tahun, tetiba aje Phantomhive Mansion terbakar dan parents Ciel terbunuh dalam kebakaran tu. Bukan itu aje, Ciel yang selamat pula diculik dan dijual untuk dijadikan hamba. Di bahagian tubuh Ciel ada parut berbentuk logo yang ditekap dengan besi panas atas tubuhnya sebagai tanda penghambaan itu. Sebab tak tahan lagi, Ciel menyeru a demon dan setuju untuk mengikat kontrak dengan demon tu. The demon, now is Sebastian selamatkan Ciel dan mula jadi butler Ciel. Mengikut kontrak tu, Sebastian can consume Ciel's soul lepas Ciel dapat cari mastermind tu dan balas dendam atas kematian parents dia. Actually, Ciel seorang yang periang sebelum peristiwa hitam tu terjadi.




Tanda kontrak Ciel dengan Sebastian. Sebab tu dia tutup aje mata kanan dia.. Sebastian ada tanda yang sama di tangan kirinya. Menurut Sebastian, semakin jelas tanda itu menandakan semakin rapat & penting  hubungan mereka.

Baru aje ikat kontrak tu, Sebastian tinggalkan Ciel di kubur parents dia dan menghilangkan diri. Selepas itu, Sebastian bawa Ciel ke kawasan mansion dia dulu and Phantomhive Mansion yang baru sudah ada di situ dengan rupa bentuk yang sama. Malah, Sebastian sudah mengupah 3 orang manusia yang dijumpainya sebagai tukang masak, pembantu rumah dan tukang kebun di rumah tu walau kalau nak diikutkan, Sebastian yang menguruskan kesemua urusan itu sebab ketidakcekapan mereka.




Mata aku yang salah tengok ke atau muka Ciel memang ada iras Echizen Ryoma??? 

Sebab Sebastian ni a demon, setiap tugas yang Ciel arahkan memang tak akan ada cacat cela. Bukan itu aje, Sebastian pun ada rasa sayang pada Ciel even suatu hari nanti dia akan makan roh Ciel dan dia juga suka sindir si Ciel ni. Masa nyawa Ciel dalam bahaya, Sebastian memang akan lakukan apa aje untuk menyelamatkan Ciel*even sebab dia tak nak kontrak itu musnah macam tu aje*. Oh ya! Pasal kes yang Ciel siasat tu, macam-macam kes yang ada dalam history ada dalam anime ni. Macam kes Jack The Ripper, The Tower Princes, Noah Ark etc.




Ciel disguise as a girl masa dia nak siasat kes Jack The Ripper *comel aje*

Di akhir season one, Ciel dapat balas dendam dan Sebastian bawa Ciel ke sebuah pulau*dah lupa pulau apa* sebab nak mulakan ritual sebelum dia consume Ciel's soul. Tapi, ada sesuatu yang terjadi. Masuk aje season two, muncul watak baru iaitu Alois Trancy dan Claude. Claude ni demon butler juga tapi tak seperti Sebastian, dia sanggup bunuh Alois sebab Alois dah lemah. Claude ni pulak nakkan Ciel's soul sebab bagi dia susah nak dapatkan soul seperti Ciel punya.




Sebastian ni suka sangat dengan kucing! Saat-saat dia tidak akan dengar walau satu pun percakapan Ciel hanyalah bila dia nampak kucing dan bermanja dengan kucing tu! Seolah-olah dalam dunia ni hanya ada dia dan kucing aje. Ciel pula tak sukakan kucing. Hahaha :D

Akhirnya, Sebastian dan Claude sama-sama tak dapat Ciel's soul. Claude mati dalam pertarungan dengan Sebastian and Ciel turned into a demon. Sebab dalam season one Ciel ada sebut Sebastian akan jadi butler dia for eternity, so Sebastian remained as his butler lepas Ciel jadi demon. Akhir season two, mereka berdua tinggalkan Phantomhive Mansion dan pergi ke tempat di mana demon and human have equality.

p/s: OST anime ni pun best-best aje ;)

3 comments:

  1. Love this anime. with BL undertone dan OST yg best. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah! same goes with me! suka sangat Monochrome no Kiss & Bird :D

      Delete
  2. antara anime terbaik dalam list yg sy tengok...

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News