Sunday, April 14, 2013

398#Ai no Kotoba ~ [Review Anime] The Earl & The Fairy


Dah lama tak review anime! He he :D

The Earl & The Fairy ni merupakan satu anime pendek yang famous dengan alter names seperti Hakushaku to Yousei dan Earl & Fairy. Semua sekali 12 episod tapi sepatutnya ada second season. Manga pun still ongoing.

Dah banyak kali Hana ulang anime ni sebab anime ni tersangatlah sweet! Boleh kena diabetes kalau tengok anime ni. Tersangat sweet dan comel berserta sedikit unsur supernatural :)


Anime ni mengisahkan fairy doctor Lydia Carlton dan Earl Edgar J.C. Ashenbert. Setting masa zaman Victoria kat British. Lydia ni mempunyai kebolehan melihat yousei (fairy) iaitu kelebihan yang diperoleh melalui mendiang ibunya. Edgar ni pula merupakan satu-satunya waris kepada sebuah dukedom sebelum keluarganya dibunuh waktu kecil. Edgar mencari Lydia supaya dia berjaya mencari sebuah pedang yang boleh membuktikan dia merupakan waris kepada Lord Ibrazel yang mempunyai tanah di fairy kingdom yang dah lama hilang. 

Masa ni Edgar dah lupakan keluarga asalnya. Dia cuma bertindak sebagai waris palsu Lord Ibrazel sebab nak kembalikan takhta Duke yang sepatutnya dia pegang. 


Yang sweetnya bila Edgar dah mula sukakan Lydia. Lepas dia dah disahkan sebagai waris Lord Ibrazel, dia mengupah Lydia untuk terus menjadi fairy doctornya bagi membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan fairy. Si Lydia ni pula dah awal-awal reject si Edgar sebab dia tak nak kena tipu even dia dah sukakan Edgar. Lydia tak punya kawan sebab budak-budak sebaya dengan dia fikir dia ni pelik. Dia pun pernah kena tipu dengan seorang budak lelaki masa dia kecil dulu.

Sepanjang anime ni, ada ditunjukkan mengapa keluarga Edgar dibunuh. Semuanya berkaitan dengan seorang yang bergelar Prince. Prince ni nakkan Edgar sebagai pewaris dia tapi Edgar awal-awal lagi larikan diri sebab dia tak nak terlibat dengan Prince. Edgar nak dapatkan balik gelaran Duke tu pun sebab nak kalahkan Prince juga.


Setiap kali tengok anime ni, memang mulut ni tak henti-henti senyum. Rasa nak bagi pelangkung kat Edgar pun ada. Ha ha ha! Bukannya nak tackle Lydia tu betul-betul. Tapi sukalah part Edgar bagi tau Professor Carlton (bapa Lydia) pasal dia nak kahwin dengan Lydia. Sengal!

Bab Lydia pergi selamatkan Edgar daripada Prince pun suka x) Ha ha! Nampak sangat si Lydia tu pun dah sukakan dia masa tu.


This!

I'm waiting for this scene for soooo long! Tak sabar nak tengok mereka kahwin. Yang ni wallpaper daripada mangaka The Earl & The Fairy sendiri :)

nota : menulis entri ini dengan senyuman yang tak tahu nak henti bila :)))

Till then.
Wassalam.

3 comments:

  1. In the end.....only a kiss in the forehead in Anime!
    Epic kiss in Manga!
    Kyaaaaa~!!!

    ReplyDelete
  2. KALAU KAK BUI MCM X SESUAI LAYAN KARTUN MCM NI..HIHI

    ReplyDelete
  3. I love this anime!
    http://alienfromthepluto.blogspot.com/

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News