Mat Luthfi baru aje upload video baru :D Khas untuk lepasan SPM 2012. He he :D Rugi kalau tak tengok!
Sedikit ulasan Hana sendiri untuk video ni :) Yalah, takkan nak tengok aje. Kenalah ada sedikit ulasan daripada pemikiran kita sendiri kan?
Soalan 1 : Dapat Berapa A?
Situasi 1 - Keputusan Bagus
Parents memang akan bangga sangat! Tapi ada sesetengah parents bila tiba bab ni, memang akan boast tersangat. Siapa yang tak bangga kan? :) Tak kisahlah yang tu tapi part buat majlis kesyukuran ni (dalam video), guru-guru yang mendidik anak-anak mereka sehingga berjaya pula dilupakan.
Situasi 2 - Keputusan Kurang Bagus
Ibu bapa akan kecewa sedikit. Yalah, ibu bapa mana yang nak anak mereka tidak berjaya. Iya dak? :) Sesetengah ibu bapa akan marah sangat dengan anak-anak. Bukan setakat anak, guru-guru pun dipersalahkan.
Ulasan Soalan 1 :
Guru-guru akan dilupakan, guru-guru akan dipersalahkan. Realiti zaman sekarang. Boleh lihat sepanjang pengalaman Hana belajar di sekolah selama sebelas tahun. Ada sesetengah ibu bapa, apabila anak-anak mereka berjaya mereka akan mengatakan itu kerana usaha anak-anak mereka sendiri. Tetapi, bila sebaliknya berlaku, guru-guru pula yang dipersalahkan. Anak buat salah sedikit, diberi amaran oleh sekolah, dirotan oleh guru, ada ibu bapa yang datang serang sekolah pula. Sampai tahap saman pun ada.
Sepatutnya ibu bapa yang sebegini kena sedar, anak-anak mereka berjaya disebabkan oleh usaha anak-anak mereka sendiri, dengan bimbingan guru-guru berserta doa masing-masing. Jangan salah mana-mana pihak kalau mereka tidak berjaya. Itu mungkin kerana usaha mereka yang tidak seberapa, atau itu mungkin bukan rezeki mereka.
Hana tabik sangat-sangat pada golongan ibu bapa yang menerima keputusan anak-anak mereka seadanya, tidak menyalahkan mana-mana pihak dan terus menyokong anak-anak mereka (^_^)v
Soalan 2 : Nak Sambung Course Apa?
Situasi 1 - Keputusan Bagus
Yang common, ibu bapa akan berharap anak-anak mereka masuk dalam course medik atau engineering. Tersangat common. Keluhan daripada sesetengah kawan Hana. Ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka akan lebih berjaya dengan ambil dua course ini. Jika mereka memang minat dengan medik atau engineering, tak mengapalah. Tapi, kalau mereka nak course lain seperti architecture, filming, finance dll, ibu bapa seharusnya menyokong selagi bidang yang diminati itu tidak menyalahi agama :)
Situasi 2 - Keputusan Kurang Bagus
Sama seperti Situasi 1, anak-anak juga akan dipaksa mengambil course yang mereka tidak minati hanya dengan alasan, result tak bagus. Sama seperti dalam video, ada juga ibu bapa yang mengambil keputusan untuk menghantar anak-anak mereka pergi sekolah agama. Apa yang Hana nak sampaikan di sini, belajar agama bukannya tidak bagus. Bagus untuk persiapan ke akhirat. Tapi again, ibu bapa sepatutnya consider dengan minat anak-anak.
Ulasan Soalan 2 :
Tak kira berjaya atau tidak, ibu bapa kena terus menyokong minat anak-anak. Mungkin mereka akan lebih berjaya di masa akan datang. Who knows. Yang penting, si anak juga kenalah terus berusaha. Bangkit daripada kegagalan yang lalu. Bawa berbincang dengan baik mengenai keputusan anak-anak yang ingin menyambung pelajaran mereka dalam bidang yang mereka minati.
Bak kata mama Hana waktu Hana ambil keputusan nak ke UniKL, " Kakak yang akan belajar semua tu, bukannya mama dan abah. Kalau mama dan abah paksa ambil course mana-mana dan kakak tak boleh follow sebab tak minat, fail, nanti mama dan abah pula yang akan rasa bersalah. Lagipun ni depan masa kakak."
Buat lepasan SPM, terus bangkit dan berjuang untuk masa depan anda. Fighting!
Yelah. Mak ayah ni kekadang tak faham kite. Like me.. Kena pksa amik jurusan sn hayatttttt
ReplyDelete@aein safinah adik study betul2 :) bila nak sambung study nanti bincangla ngan mak ayah :)
ReplyDeletebidang ape yg patot diambil, bia yg menanggung utk tentukan, coz nnty kalo xleyh bwk hancur mse dpn.. ^_^ berdasar pengalaman az..
ReplyDeletep/s: xde la hanco sgt, hehe msih bole dbaiki.. if parent suport theire child and let theme to voice out ..
setuju sangat dengan pendapat hana.. dan setuju juga dengan pendapat ur parent.. kalau di paksa then tak boleh bawak, fail, lagi rugi kan..
ReplyDeletebab keputusan periksa anak2..mmg ibu bapa yg lebih teruja
ReplyDeletesoalan-soalan ni yg ditanya sejak keluar kputusan spm ari tu,apapon best video n ulasan
ReplyDeleteyeahh..aja2 fighting=)
ReplyDelete