About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Wednesday, April 24, 2013

412#Ai no Kotoba ~ Ada Nak Exchange Link E-novel?


Gambar yang tak ada kaitan. Cuma suka dengan ayat tu :)

Hana dah bukak balik blog e-novel! Sini sini! Klik SINI! He he :D Untuk sesiapa yang minat baca novel onlinelah. Dah lama sangat tinggalkan blog tu. Penuh dengan sawang kot! K, hiperbola.

Ehem! Ehem!

Sebenarnya nak tanya, ada sesiapa nak exhange link blog e-novel korang tak? Sebab Hana baru aje ubah balik blog tu, so bloglist kosong. Untuk yang ada blog e-novel sahaja! Bukan blog personal. Blog e-novel + blog personal? 2 in 1? Boleh ajelah.

Kalau ada sesiapa yang nak, boleh letak link kat komen untuk entri ni. Syaratnya masukkan link blog e-novel Hana sekali tau? :) Link yang NI. Kepada yang rasa nak baca karya Hana yang tidak seberapa, bolehlah singgah ke blog Colours~Melody and Harmony :) Baru nak aktif balik aje lepas cleaning process. He he. Cleaning process lah sangat kan?

Nak kasi sneak peek untuk Bintang Timur Untukku lagi. Ter-excited! Alhamdulillah. Dah sampai Bab 10. Target Hana nak siapkan paling banyak dua bab aje sehari. Insya-Allah :) Ganbatte!

Lelaki dalam gambar ni Fatih Seferagic, bukan Zain Saidin :)
Fatih Seferagic lebih handsome, lebih muda dan lebih soleh daripada Zain Saidin. 
Kurang-kurang Fatih Seferagic ni hafaz 30 juz Al Quran.
Zain Saidin ada? *statement sentap*

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Senyuman tidak lekang daripada wajah bersih Fateh. Akhirnya dapat juga dia menarik nafas lega. Lamaran sudah dibuat, sekarang dia perlu luangkan sedikit masa agar Aya mengenali dirinya. Serta merta dia teringat akan ibu gadis itu. Pesanan yang pernah wanita separuh umur itu berikan kepadanya lima tahun dahulu masih segar dalam kotak ingatannya.

            “ Kalau kamu betul-betul ikhlas sayangkan anak mak cik, datang cari dia balik, bertemu dengannya. Mak cik tak kisah kamu ambil masa berapa tahun. Selagi anak mak cik belum kahwin, selagi perasaan kamu pada dia masih suci, datang cari dia balik. Insya-Allah, kalau betul anak mak cik jodoh kamu, semuanya akan dimudahkan oleh-Nya.”

            Fateh senyum lagi. Dia sudah kembali untuk menemui Aya seperti mana nasihat ibu gadis itu. Perasaannya pada Aya kian bertambah, tidak pernah berkurang walau sudah lima tahun dia tidak dapat melihat gadis itu di hadapannya.

            Insya-Allah, semuanya akan dimudahkan oleh-Nya. 


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

“ Pasal abang Khaulah tadi ya?”

            Riak pada wajah Aya berubah terkejut. Cepatnya ibu dapat teka?

            “ Apa yang abang Khaulah cakapkan kat Aya?” Puan Aafiya meneruskan soalan. Rambut Aya yang melindungi dahi diselit ke belakang telinga.

            “ Dia…” Aya ketap bibir. Malunya! Ibu masih tersenyum kepadanya, “ … lamar Aya.”

            Alhamdulillah, ucap Puan Aafiya dalam hati. Ternyata anak muda itu bersungguh-sungguh ingin memperisterikan Aya. Kata-kata yang pernah Fateh ucapkan kepadanya pada hari terakhir lelaki itu datang melawat Aya sentiasa diingatinya. Walaupun dia tidak begitu mengenali anak lelaki Puan Yasmeen itu, tetapi Puan Aafiya tahu Fateh merupakan seorang lelaki yang baik. Dan hari ini, anak muda itu datang menemui Aya kembali.

            “ Insya-Allah, mak cik. Saya akan cari Aya balik lepas saya pulang ke Malaysia. Dan, bila hari tu dah tiba saya harap mak cik dapat berikan restu mak cik kepada saya untuk memperisterikan Aya.”

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

“ Ada ke orang yang nak jadikan gadis yang cacat macam Aya ni isteri?”

            Air mata Aya berlinangan juga. Sudah lama dia menahan air mata itu. Tangannya mengenggam pada paha yang ditutupi dengan kain tebal. Puan Aafiya tergamam.

            “ Kenapa cakap macam tu, sayang? Tak baik tau rendah diri macam tu,” Puan Aafiya bersuara bimbang.

            Inilah perkara yang ditakutinya sekiranya ada lelaki datang melamar Aya. Tentu Aya akan menjadikan fizikalnya yang lumpuh separuh badan sebagai alasan untuk tidak menerima lamaran itu.

            “ Sanggup ke dia layan Aya hari-hari? Ibu kan tau, Aya tak suka susahkan sesiapa. Cukuplah Aya susahkan ibu, Ami dan Mak Cik Nani aje. Aya takut ibu… Aya takut kalau suatu hari nanti, dia akan buang Aya lepas dia bosan dengan Aya.”

            Air mata Aya semakin lebat mengalir. Puan Aafiya pantas bangun lalu dia memeluk tubuh kecil anaknya. Tubuh Aya menggigil dalam pelukannya. Pelukannya semakin dieratkan.

            “ Sayang…” Rambut panjang mengurai Aya yang dibiarkan lepas bebas diusap, “ … ibu kenal abang Khaulah. Dialah lelaki yang selamatkan Aya dari kemalangan tu. Dia jugalah yang sanggup bersusah payah datang ke hospital setiap hari untuk tengok Aya walaupun Aya masih koma sebab kemalangan tu.”

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sesiapa yang berminat nak exchanged link blog e-novel masing-masing, komen URL blog e-novel korang ya? Terima kasih! ^^

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

10 book page(s) ♥:

Anis Zainudin said...

mcm best je..nty lepas buat report anis nak bce la..hehe :D

anak ayah said...

statement gambar tu tak leh blah hahaha!

Nurul Farahizzati said...

kalo zain saidin baca, pergh! best jugak!! sentap! btw, good luck hbs kan citer ni ye.. :)

aein safinah said...

Kak Hana, sy tak de blog e-novel. Tapi sy dah follow blog akak yg satu lagi tu. Keep it on. Best je baca novel akak. =D

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

Nurul Amanina said...

hahaha kecut hati zain saidin kalau terbaca caption tu. kehkeh. kak, saya baca sneak peek pun dah best, mesti novel kebabom kan? hihi chaiyokkk kak Hana :D

Usna said...

Wah terbaiklah. Zain takut lari punya. Hahaha! E-novel blog link :)

http://k4clover.blogspot.com/

Terima kasih :) Kak.. Huhuhu!

gadis virgo said...

salam.

ini link blog e-novel sy. =)

http://singgah-sejenak179.blogspot.com/

cik amal said...

tengs tau untuk e-novel tu

Nana Liena said...

terbaik la ayat perlian tu..hehe..mohon dia baca ! haha

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)