Saturday, April 6, 2013

386#Ai no Kotoba ~ Words Mean Something


Morning! :D

Pagi ni nak share satu video ni. Actually video ni Cikgu Jal, our PJK lecturer kat KMKN yang tunjuk masa sesi PJK. Lepas tu, gigih Hana cari balik video ni. Tersangat menyentuh hati :') By the way, PJK kat sana bukannya macam kat sekolah. Kalau kat kolej, Cikgu Jal akan ajar pasal emosi, warna, cinta, remaja dll dan ianya memang menarik!


Masa tengok video ni, sayu aje. Sebab kesian kat pak cik buta tu. Tak ramai yang tolong dia :( And then, a woman appeared dan buat perubahan pada kadbod kotak yang pak cik tu guna. Betullah apa yang perempuan tu buat. She changed the words but with the same meaning. Then, banyaklah orang tolong bagi derma kat pak cik tu :D

Tapi sedih sebab pernah jumpa parodi untuk video ni. Dalam parodi tu, perempuan tu curi duit pak cik yang buta ni. Actually bukan pak cik. Dalam parodi tu diganti dengan lelaki yang lebih muda. Baca komen-komen kat bawah video tu pun, ramai macam kecewa sebab nampak macam nak main-mainkan benda macam ni. Tahulah parodi, tapi rasanya tak patut sampai macam tu :/

Change your words.
Change your world.

Kadang-kadang kita tak sedar, perkataan yang kita guna tu boleh sakitkan hati orang. Perkataan yang lain tetapi membawa maksud yang sama juga boleh membuatkan orang lebih gembira. Mulut tu memang kena hati-hati masa bercakap. Masa menulis juga. 

Sebab perkataan juga, boleh membawa fitnah. Bahaya betul (-__-)

Till then.
Wassalam.

8 comments:

  1. da pernah tgk video nie..hehehhe..lec kak Ima baru je tayang sem lepas.. (#_#)

    ReplyDelete
  2. Ouh, terharu tengok vid tu :'D

    ReplyDelete
  3. wah..hana ade subjek pjk eah?..mcm best je :)

    ReplyDelete
  4. nak nengok video ni tapi line lembab pulak .betul ,kadang-kadang kita ni dok sedap cakap tapi tak sedar ada perkataan kita yg boleh buat orang sakit hati :)

    ReplyDelete
  5. insyaAllah t de kesempatan nk gak nenguk video ni...

    ReplyDelete
  6. Mm , betul tuh.. dalam setiap apa pun kita kena jaga percakapan.. kerana mulut badan binasa.. :(

    ReplyDelete
  7. yEP dah tgk yg ni last year. :)

    http://alienfromthepluto.blogspot.com/

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News