Tuesday, May 14, 2013

444#Ai no Kotoba ~ [Tips] Belajar English Cara Mudah & Seronok


Ada sesiapa ingat entri INI?

Dalam entri tersebut Hana ada sebut nak kongsi tips belajar English kan? So, untuk entri ni Hana nak berikan beberapa tips untuk belajar dan praktis English dengan cara yang mudah dan menyeronokkan. Tapi ini bukan Oh My English! ya? He he. Dan Hana sendiri masih banyak lagi yang perlu belajar. 

Tips ini sekadar nak membantu sesiapa yang ingin belajar English tetapi asyik fikir susah aje. Tips inilah yang selalu Hana amalkan untuk belajar English.


  •  Amalkan Baca Buku in English
Yes! Yang ni penting! Tapi sebagai permulaan, bacalah mana-mana buku yang pendek kisahnya dan mudah untuk difahami. Hana bermula dengan baca kisah-kisah fairy tales. Tak kisahlah yang Disney punya ke atau terbitan lain. Sampai sekarang Hana masih baca buku hardcover nipis berilustrasi comel :P Menarik kot! Dahlah English dalam tu mudah difahami.

Lepas tu bolehlah mula baca buku yang makin tebal. First English novel tebal yang Hana baca Perfect by Judith McNaught. Lepas baca tu memang terasa kepuasannya! Walaupun lambat nak habiskan novel tu, tapi selepas dapat habiskan pembacaan memang best!

Newspaper in English pun digalakkan juga. Tapi Hana malas part ni :P Sebab kebanyakannya berita dunia. He he. Kalau cerita Hana sukalah :P

  •  Perhatikan Ayat-ayat yang Dibaca
Yang ni pun penting. Tips ni Hana dapat daripada English teachers yang selalu mengajar kelas Hana zaman sekolah menengah dulu. Mereka selalu cakap, bila baca mana-mana artikel atau buku cerita, perhatikan ayat-ayat yang mempunyai grammar yang kita belum fahami. Jika still tak faham penggunaan grammar tersebut, kena rajin-rajin bertanya teachers anda ya?

  •  Selalu Praktis Menulis
Selain membaca, kenalah praktikkan dalam bentuk penulisan kan? Zaman sekolah menengah dulu, Hana paling suka tulis esei English berbanding Bahasa Melayu. Sebabnya? English essays lebih menarik dari segi tajuk. Biasanya Hana akan tulis fiction bergenre historical romance. He he :P Terpengaruh dengan novel-novel Judith McNaught.

Lepas tulis, bolehlah serahkan kepada mana-mana rakan yang mahir dalam English atau guru-guru English. Minta mereka semak. Sudah tentu mereka turut berbesar hati untuk menolong anda!



  •  Pastikan Ada Kamus di Sebelah
PENTING! Kamus ni penting untuk cek maksud mana-mana perkataan yang tidak difahami. Paling malas pun install Offline Dictionary application dalam phone anda. Zaman mula-mula baca Perfect tu, kamus selalu ada di tepi. Kemudian, bolehlah catat guna pensel maksud perkataan tersebut pada buku yang dibaca. Atau pun sediakan buku untuk menulis senarai vocabularies.

  •  Tengok Rancangan/Drama/Movie/Cerita yang Menggunakan English Sebagai Subtitle/Bahasa Pengantar
Yang ni paling enjoy! Kenapa? Sebab kita dapat berhibur sambil belajar English. Hana selalu tengok anime yang ada English subtitles :P He he. Cara tu paling mudah dan seronok. Mungkin ada sedikit grammar mistakes tapi it's not a big deal. 

Selain tengok shows yang menggunakan English subtitles, tengok jugalah mana-mana shows in English. Cuba fahamkan apa yang mereka katakan. Ini dapat membantu bahagian listening skills. Penting untuk MUET juga tau :P IELTS lagilah penting!

  •  Praktis Dalam Kehidupan Seharian
Apa yang Hana maksudkan untuk point ini tidak melibatkan penulisan dan membaca, tapi lebih menjurus kepada perbualan. Yang ni anda boleh praktikkan bersama-sama kawan atau sesama ahli keluarga. Kalau malu, bolehlah mula sikit-sikit.

Selain tu, kalaulah ada mana-mana kawan di FB atau Twitter yang cenderung menggunakan English untuk comments atau tweets, bolehlah join mereka converse in English. Cara ni Hana selalu guna kalau saling berbalas komen atau tweets dengan kawan-kawan yang minat anime. Entah kenapa, kawan-kawan geng anime suka sangat guna English. Hana rasa sebab kebanyakan anime menggunakan English subtitles. Sedikit sebanyak ia membantu dalam proses belajar English.


Harap-harap tips di atas dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk belajar English. Yang paling penting, jangan malu dan selalu praktis! English antara bahasa terpenting di dunia! Lagipun banyak bahan bacaan di high educational level menggunakan English. Malah, kebanyakan presentations pun menggunakan English. Nak pergi mana-mana interview pun banyak guna English sekarang ni.

Selamat mencuba!

Till then.
Wassalam.

15 comments:

  1. terbaeklah hana...kene cube ni=)

    ReplyDelete
  2. betul2.. sy suka baca komik english...hahaa.. :) best n lawak.. kalau novel english saya suka baca y novel smple2... walaupun simple dpt improve english grammar kita skit2 :))

    ReplyDelete
  3. dah lama tak menulis in bahasa inggeris,,jadi bila sebut boleh,ayat kemahen gempak,bila nak eja,,lupa dah,,hehe

    ReplyDelete
  4. FD tengok Oh My English je kalau nak belajar, hihi :D

    ReplyDelete
  5. ad jgk 2 3 point yg combi buat..and it work :D

    ReplyDelete
  6. Hana suke sophie kinsella tak? novel die klaka. heee.

    ReplyDelete
  7. @NIZAM selalu nampak tengok novel Sophie Kinsella tapi setakat ni tak baca lagi.. hehe :D taktau nak start baca yg mana satu.. and I'm afraid Kinsella's novels tak masuk ngan genre Hana.. dah Nizam recommend, bolehlah try baca :) sbb kawan2 pun takde lagi yg recommend novel Kinsella :) thanks

    ReplyDelete
  8. Good tips Hana ^^ akak suka belajar through subtitles. Sebab tak rajin sangat nak baca buku english. Kalau ada pun mesti separuh jalan je. Hehe~

    ReplyDelete
  9. masa skolah dulu rajin bc buku enlish
    dh besar ni malas
    n now lidah pun dh keras nk cakap omputi..hehe
    ranc oh my english tu terbaek la...

    ReplyDelete
  10. sye xpandai sgt english tp sye slalu bace manga translation dlm eng... klu download movie plak xphm klu dia ckp omputeh laju sgt... cari sub plak xde malay... pon kne cari versi eng... serba skit dpt mmbantu... hee
    btw lame gileeeeeeeeeee xdtg sini... hahahaa

    ReplyDelete
  11. klu CJM pulak....cuma tgok movie english...google translate...bca novel english CJM tak minat sgt...tpi selalunya CJM belajar bhasa english dri TV lah..hehe!

    ReplyDelete
  12. Ok.. Thanks bagi tips nie akak Hana.. Adik bookmark pagenie... hehe.. senang wat rujukan tips !! Tq !!!

    ReplyDelete
  13. Tips bagus. Tapi semua dah buat. Tolak baca novel inggeris tak lagi. Yg part last tu pun tak buat lagi. Nak cakap2 ni memang lemah gila la. hehe

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News