Tuesday, May 7, 2013

429#Ai no Kotoba ~ Terima Kasih, Tuan Guru :')


Selama hampir 19 tahun usia Hana, Hana dan rakan-rakan cukup aman tinggal di negeri ini.

Negeri yang selalu menjadi mangsa tohmahan sesetengah pihak, yang selalu dikatakan negeri termundur di Malaysia. Selalu dicela, selalu diejek!

Tapi kami tidak sesekali jatuh kerana tohmahan itu.

Buktinya sudah ada di depan mata selama hampir 19 tahun Hana bernafas. Kami cukup aman di sini. Tenang dan bahagia dengan suasananya selama ini.

Sekarang, sudah tibanya masa untuk tok guru yang kami sayangi, Tuan Guru Nik Aziz b. Nik Mat untuk berehat selepas 23 tahun berjuang untuk kami rakyat Kelantan.

Maafkan. Ini bukannya entri politik. Tiada salahnya mengucapkan terima kasih kepada seorang tokoh yang sentiasa berdiri teguh untuk penduduk-penduduk negerinya sendiri, kan?

Terima kasih, tok guru. Terima kasih untuk 23 tahun ini. 23 tahun juga merupakan tempoh Rasulullah SAW berdakwah :) Kami begitu menghargai apa yang tok guru lakukan untuk kami, penduduk Kelantan. 


"Baru dapat jumpa ayahanda sejak semalam. Rehat pertama ayahanda selepas berpenat 23 tahun. Rehat, bukan berhenti. Saya bawakan hidangan istimewa, 'mahsyi', merpati kukus yang diterbangkan khas dari Mesir oleh seorang pelajar al Azhar yang pulang ke tanah air semata-mata untuk mengundi pada PRU13. Tahniah, anak muda!" - Nik Mohamad Abduh



Selamat berehat, tok guru. Moga Allah sentiasa merahmati perjuangan tok guru dari awal hingga akhir :) Dan selamat berkhidmat kepada Menteri Besar Kelantan yang baharu, Datuk Ahmad Yaakob dan Timbalan Menteri Besar Kelantan yang baharu, Datuk Mohd Amar Abdullah.


Bersama-sama teruskan perjuangan tok guru :) Insya-Allah, Kelantan akan terus membangun dengan Islam.

Jazakallah, tok guru. Fi hifzillah :)

Till then.
Wassalam.

9 comments:

  1. Tuan Guru Nik Aziz memang byk berjasa dengan kelantan.

    untung rakyat kelantan :D

    blogwalking disini.
    jemput join segment ringkas amer ni
    warming up dulu sebelum buat next GA and segment.

    http://www.amercorner.com/2013/05/segmen-pencarian-bloglist-mei-amercorner.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih Tok Guru .23 tahun kemakmuran kami kecapi dibawah pimpinan tok guru . Semoga Allah SWT terus melindungi Tok Guru.Amin .

    Entry untuk TG ada tersimpan di draf, tengahri baru auto publish :)

    ReplyDelete
  3. Mundur ke Kelantan ? Aein pergi KB best je shopping. Hehe. Teruskan perjuangan para ulama. =D

    ReplyDelete
  4. kita tak pernah ke kelantan lagi.. T__T
    rasanya semua negeri pun ada kawasan2nya yg 'mundur' huhu..
    hehe..
    moga2 beliau sihat selalu dan dirahmati Allah.. :)

    ReplyDelete
  5. sedih CJM dgr berita TuanGuru nak bersara..menitis airmata =')

    ReplyDelete
  6. betul-betul... mekaseh TOK GURU :)

    ReplyDelete
  7. gembira jugak berada di kelate :D heee... mana ada mundur un :) :) apa2 un suka pemernth kel... :DD KELATE OHSEMMM!! :)

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News