Friday, May 3, 2013

423#Ai no Kotoba ~ NetKL : Akhirnya Berdomain Sendiri :)



Kalau dalam entri INI Apit kata beliau dah renew domain blog, Hana pula baru aje bertukar daripada http://haruno-hana.blogspot.com kepada http://www.hanasays.com :) Seperti cadangan daripada bloggers lain, Hana menggunakan servis NetKL. Dah lama Hana simpan hasrat nak berdomain sendiri :P Ha ha.

Mula-mula fikir dulu nak domain apa sambil-sambil look up dalam NetKL, kot-kot dah ada orang guna domain yang Hana nak. Memandangkan Hana tak dapat pilih antara haruno-hana.com atau hanazuria.com, akhirnya Hana pilih hanasays.com :)

Kenapa hanasays.com?

Sebab kat blog nilah Hana tulis perkara yang terjadi dalam hidup dan pandangan Hana mengenai sesuatu :) Rasanya dah okey hanasays.com. Domain ni pun pendek, takdelah panjang sangat :) Lagipun RM 35 untuk setahun kalau nak guna .com, nak renew pun RM 35 juga, murah tu untuk setahun :) 

Pasal servis NetKL, servis NetKL memang terbaik! Baru aje order dan bank in, terus dapat confirmation order daripada pihak NetKL. Sekejap aje mereka setkan domain kita, tinggal kita nak point domain tu kat mana aje. 

Kalau nak minta NetKL tolong pasangkan domain, mereka caj RM 3. Kalau tak faham apa-apa, hantar aje e-mel kat sales@netkl.com, cepat aje mereka balas :) Servis mantap! Tak sampai 1,2 jam Hana beli dan pasang domain di blogspot, dah boleh guna domain ni. Tak ke bagus tu?

Hana syorkan penggunaan domain ni kepada bloggers yang aktif. Bukannya kata tak bagus guna blogspot, tapi ada own domain seperti ni rasa lebih puas hati ber-blogging sebab kita boleh guna domain apa yang kita nak. Setakat ni pun Hana jumpa domain yang pendek-pendek aje, tak pernah lagi jumpa yang panjang-panjang. He he :D

Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah usha domain pilihan di NetKL ya?

Till then.
Wassalam.

17 comments:

  1. Tahniah sebab dah ada domain sendiri. Teringin juga nak ada, tapi mungkin one day kot ^^

    ReplyDelete
  2. tahniah la dah ada domain sndri.. hek8.. :DD happy blogging hanna!! :DD

    ReplyDelete
  3. wah..dah ada domain sendiri..hehe..
    kita lambat la kot nak buat

    ReplyDelete
  4. bestnyaa ada domain sendirii.. hehe

    ReplyDelete
  5. wah..bestnye hana da ade domain..anis pun teringin nk ade domain sendiri..tp blom ade rezeki lagi kot :) btw, tahniah hana ;)

    ReplyDelete
  6. finally.hado pon domain sendiri.nice! hehe

    ReplyDelete
  7. tuh lahh, hda pon tgh dok survey domain skrg!

    good sharing :)

    ReplyDelete
  8. wah.. hana da ad domain sendiri.. ckj? entah bila.. tggu masa yang betul2 sesuai n serius kot..

    ReplyDelete
  9. Salam sister.. jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley. Byk koleksi shawl dan tudung2 menarik dari HV collection. Promosi dan GA sempena pembukaan blog shop ini sedang diadakan sehingga 30 mei. Jangan lupa follow ye.. :)

    Terima kasih
    ~ Hijab valley ~
    http://hijab-valley.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. waaa... dah ada domain sendiri.. zizie malas r nak tukar.. stay like that je kot.. hihi...

    ReplyDelete
  11. Wah, dah berdomainlah dia sekarang!!! :) Tahniah! :)

    ReplyDelete
  12. Wah wahhh !! akak dah berdomain sendiri lah.. nie yang jeles nie...
    adik pun dah lama nak berdomain sendiri.. hmm , cuma tak berani lagi.. sbb tak ada guide..
    lepas nie apa2 boleh tanya kak Hana :) boleh kan ??

    ReplyDelete
  13. Baru perasan la ada entri ni.Dah lama tak singgah bloh Kak Hana Hehe. Hanasays. Sweet2. Hehe =D

    ReplyDelete
  14. tahniahlah hana! btw, apa kelebihan guna domain ni? [#sya budak bru belajar] =)

    ReplyDelete
  15. @Cik JariManis camne eyh nak cakap, hehe.. boleh kata nampak lebih serius berblog kot.. hehe ^^ err... tak reti nak cakap.. sorry :)

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)