Sunday, May 19, 2013

456#Ai no Kotoba ~ [Anime Review] Kimi Ni Todoke


Kimi Ni Todoke atau pun From Me To You @ Reaching You ni merupakan anime 25 episodes for each season, setakat ni ada dua season. Dah lama Hana tengok anime ni. Cuma baru sekarang nak buat review :P He he.

Mengisahkan Kuronuma Sawako the high school heroine yang orang selalu panggil dia Sadako, watak hantu dalam The Ring oleh pelajar-pelajar di sekolahnya sebab resemblance pada dirinya. Actually Sawako ni bukanlah sebijik dengan hantu tu, cuma sebab dia jarang senyum, rambutnya panjang dan dia tak pandai nak bergaul dengan orang lain menyebabkan dia digelar sebegitu. He he. Kesian dia :D

Hero pula Kazehaya Shota, classmate Sawako sendiri. Mereka berdua ni macam langit dan bumi! Shota has a bright personality, ramai sangat kawan-kawan berbeza dengan Sawako yang tak reti nak bergaul dengan orang. 

Yang sweetnya, mereka dah lama suka sama suka, sejak mula-mula masuk sekolah lagi. Sawako dalam diam admire Shota sebab Shota punya personaliti berbeza dengan dia, Shota pula admire Sawako sebab dia pernah tengok Sawako senyum dengan ikhlas masa mereka terserempak sewaktu entrance ceremony kemasukan ke high school. Shota teringin nak tengok lagi Sawako macam tu sebab Sawako jenis pendiam aje.


Dan, Sawako dapatlah dua orang kawan baik, classmates dia juga. Yano Ayane dan Yoshida Chizuru. Mereka memang ikhlas nak berkawan dan protect Sawako yang selalu dibuli. Ada episod dalam Season 1, friendship mereka diuji tapi kagum dengan Ayane dan Chizuru sebab kedua-duanya tak mudah melatah dengan apa yang si pendengki cakapkan pasal Sawako. Mereka turut siasat betul-betul pasal tu :)


Comel sangat tengok Sawako dan Shota ni :D He he. Tapi diorang sama-sama tak confess lagi. Cuma sedihnya masa dekat-dekat nak last Season 2. Geram sangat dengan mereka berdua ni, sama-sama tak berani nak confess sebab risaukan hal yang remeh temeh. Nak cerita, terlebih spoiler pulak. Last-last, bahagia juga :D He he.

Antara kedua-dua seasons ni, Hana paling suka ending song untuk Season 2 :) Meaning dan music ending song Season 2 memang terbaik! Lagu slow aje, tapi suka sangat dengan music and its meaning :)



Till then.
Wassalam.

7 comments:

Qira said...

minat sungguh anime eh? hehe
thanks atas teguran dan cadangan. akak dh ubah :D

izan mama mia said...

kartun anime ni,..mata diorang beso2 jer kan

GA GreenArtwork said...

peminat anime rupe nye

My recent post : 20 Design Kerusi yang Kreatif

Norhaizam Mustaffa said...

Tak pernah tengok lagi anime ni. Rasa nak tengok pula. Selalu tengok hitman reborn je. hehe

AyueJean AJ said...

Errrrrrr..
Takde idea pulak nak komen..
AKak bukan peminat anime...
Sepatah pasal anime akak tak tau..
Hikhikhik..

Khalilah MNor said...

zaman muda dah berlalu walaupun saya belom tua ;) hehe

Cik Kay Jue said...

wah... ckj baru tahu ni ! kalau ada masa ckj terjah.. hehehe..

Post a Comment

Recent Posts