Friday, April 5, 2013

384#Ai no Kotoba ~ Teringinkan Second Baby :)



Alhamdulillah!

Hana cuma mampu tersenyum selebar-lebarnya sebaik sahaja masuk bab terakhir yang perlu dirombak :) Tak sangka, dapat siapkan proses rombakan pada malam ini juga. Malam Jumaat yang mulia :) Selepas tiga minggu berpenat lelah memerah otak untuk mencari idea sambil-sambil membuat rombakan pada manuskrip, selesai juga tugas itu dengan jayanya :D

Insya-Allah, esok Hana akan memulakan proses mengedit. Edit mana salah eja, tambah apa yang patut. Lepas betul-betul berpuas hati, barulah Hana akan hantar kepada pihak editor untuk proses penilaian. Harap-harap dapat green light daripada pihak editor untuk terbitkan baby kedua ni (T__T) Sob3.

Hana berharap sangat sebab Hana lebih berpuas hati dengan manuskrip kedua ni berbanding novel pertama Hana. Lagipun, masa zaman mengarang manuskrip untuk novel pertama tu, Hana main aci taram belasah aje. Sebab masa tu mengarang hanya untuk suka-suka. Budak yang kebosanan tak tahu nak buat apa lepas PMR tamat (-__-) Yeah, that's me.

Kalau boleh, tolonglah doa-doakan sekali untuk Hana ya? Minta-minta dilembutkan hati pihak editor tu untuk menerbitkan second manuscript ni :) Jealous bila tengok senior-senior dah banyak terbitkan novel-novel baharu. Hana pula baru terkial-kial nak siapkan second manuscript (-__-)

Oh ya, kepada sesiapa yang berminat untuk menghantar manuskrip ke Penerbitan Kaki Novel, boleh e-melkan karya anda di hantarmanuskrip@kakinovel.com. Jika ada apa-apa pertanyaan, boleh ajukan kepada admin e-mel itu atau pun terus PM kat Cik KN di FB Kaki Novel atau di Fan Page Kaki Novel.

Till then.
Wassalam.

10 comments:

  1. owh..novel pertama tajuk apa??? muda lagi dah pandai karang novel.. kite dulu karang sikit2 lepas tu tak ade idea..

    ReplyDelete
  2. @misz sheyla Lovin'You terbitan Disember 2010 oleh KN :)kalau ada minat n kesungguhan,insy-Allah

    ReplyDelete
  3. Semoga berjaya...
    Akak tau baca je...
    Kalau mengarang ke laut dalam... =D

    ReplyDelete
  4. wahh pandai yer karang..trs gilap bakat yg ada yer...

    ReplyDelete
  5. Tajuk novel akq apa erk? Hmmm,berapa mukasurat akak buat? Cayalahh

    ReplyDelete
  6. @Farra Atiqah novel first ke? :) Lovin' You terbitan Kaki Novel.. dalam less than 300 pages je yg tu.. bila dah terbit, jadi 400++ :)

    kalau second novel ni, dalam 375 pages :) hehe

    ReplyDelete
  7. Wahh!Tak sabar nak tunggu! :) Dah lama tunggu akak punya novel yg baru ^^v

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News