Friday, May 17, 2013

452#Ai no Kotoba ~ Maher Teacher's Day 2013


Semalam, seperti yang dinyatakan dalam entri INI, Hana dan kawan-kawan pergi ke sekolah untuk sambutan Hari Guru :) Kitorang sampai lewat berbanding kawan-kawan lain, dalam pukul 11.30 AM kot sampai sekolah. Hanun yang drive kali ni.

Pergi sana memang syoklah dapat jumpa cikgu-cikgu dan kawan-kawan! Yalah, ramai tengah cuti sekarang ni. Tu yang syok pakat pergi sekolah semuanya :) 

Tapi yang tak best, sambutan kali ni buat kat Dewan Raja Abdullah, bukannya di Dewan Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid. Dewan utama kami Dewan Tan Sri, Dewan Raja tu just untuk perhimpunan budak-budak asrama aje biasanya. Dewan Raja lebih kecil kalau nak banding dengan Dewan Tan Sri :/


My alma mater :)


Puan Hajah Che Rogayah our headmistress (sunglasses) and Teacher DZ our Chemistry teacher







Tak banyak ambil gambar dengan cikgu-cikgu. He he :) Sebab masa kitorang sampai ni cikgu-cikgu tengah duduk dalam dewan tengok persembahan. Ada video Gwiyomi daripada semua cikgu tahu? Ha ha. Gwiyomi is such a trend, sampaikan video Gwiyomi cikgu-cikgu pun jadi tayangan untuk Hari Guru kali ni :D

Sempat juga Hana jumpa Cikgu Naeimah :) Sampai aje terus called cikgu. Cikgu terkejutlah sebab Hana tak ada cakap nak datang sekolah. He he :D Tapi tak sempat jumpa Cikgu Abdul Aziz, salah seorang cikgu kesayangan Hana juga. 

Cikgu Abdul Aziz guru BM masa Hana Form 1. Sampai sekarang baik dengan beliau sebab sepanjang kami bersekolah, sesiapa yang ada masalah beliau akan panggil terus untuk beri nasihat. Murid-murid beliau yang dah umur 20++ tahun sekarang ni pun ramai lagi yang contact beliau untuk bertanya khabar dan meminta nasihat :)

Okey, lepas solat Zohor kat surau sekolah kitorang terus pergi ke Rantau Panjang. Hana, Sandy, Hanun, Iqa dan Yaa aje yang pergi satu kereta. Sampai aje Rantau Panjang terus pergi lunch dulu sebab dah pukul 3 PM lebih. Lepas tu barulah pergi shopping! He he :D

Rambang mata tengok baju-baju lawa kat sana (@_@) Harga pun murah. Kebanyakan baju-baju di Rantau Panjang ni daripada Thailand, so murahlah. Walaupun murah, design dan kualiti tetap bagus! Hana beli sehelai blaus hitam untuk Hana sendiri, blaus hitam berbunga untuk mama dan jersi ala singlet warna hitam untuk abah :P

Bagi aje kat abah, terus abah pakai dan cakap, " Amboi! Seksinya! Makin mudalah abah pakai macam ni."

Erk. Ada ke (-__-) Tahulah jersi tu sleeveless. Nasib baik beli hitam, kalau beli yang warna merah tu? Striking kot! Mama pun dah gelak sebab tengok jersi yang abah pakai. Mama cakap, " Nampak mudalah abah pakai macam tu."


Iklan Spritzer sat. Bagus betul Spritzer ni, selalu beri mesej yang membawa kesedaran untuk menjaga alam sekitar :) Pakat-pakat jaga kebersihan alam sekitar ya?

Such a tiring day tapi kami semua rasa seronok sangat! Kitorang plan nak pergi lagi :D Kena sedia duit banyak-banyak, banyakkkkkkk sangat baju yang kitorang berkenan! Ha ha :D

Till then.
Wassalam.

11 comments:

  1. bestnya dapat pegi sekolah lama waktu hari guru...

    ReplyDelete
  2. skolah kluster tu..ehehe..
    untung dapat ke sekolah..kitaorang masing2 busy..erk..busy ke? ==' hehe

    ReplyDelete
  3. Wahh !! seronoknya pergi ramai2 sekolah dgn kawan2.. skolah Klauster plak tuh.. terbaik !! :D

    ReplyDelete
  4. wuu bestnya pergi sekolah lama sambut hari guru. saya tak berkesempatan nak gi :')

    ReplyDelete
  5. best nye dpt jumpe kwn2..dpt jumpe cikgu :D

    ReplyDelete
  6. Seronoknya dapat jumpa balik cikgu2 sekolah....

    ReplyDelete
  7. Wahh bestnya, pergi sekolah lama menyambut hari guru. Tahun ni, azwa last sambut hari guru di sekolah..hehe.. :)

    ReplyDelete
  8. agak2 cikgu kenal lagi ke x? muka dah berubah dah. hehe

    ReplyDelete
  9. suka ayat palling last,.."banyak baju yg kitaorang berkenan"..ehe...

    ReplyDelete
  10. @lifegoeson taktau la Wa.. tapi nampak cam ada event je kat sana :/ ada banner kat pagar Dewan Tan Sri

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News