Popular Posts
Friday, May 31, 2013
477#Ai no Kotoba ~ Oh Darling
Tuesday, May 28, 2013
476#Ai no Kotoba ~ Dah Sihat :D
Monday, May 27, 2013
474#Ai no Kotoba ~ May 27 : Happy 21st Anniversary :)
My new cover photo. He he :)
Sunday, May 26, 2013
473#Ai no Kotoba ~ [Anime Review] Death Note
Death Note merupakan anime 37 episod. Yagami Light (atau Yagami Raito, RAITO sebutan untuk LIGHT in Japanese) seorang high school student yang berbakat, bijak serta kacak. Bapanya merupakan seorang ketua polis, Yagami Soichiro. Light cukup membenci apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kejahatan, evil doings, the crimes. Pada masa yang sama, dia tidak berpuas hati dengan sistem keadilan semasa. Baginya, the current justice system tidak benar-benar adil untuk membawa kejahatan ke muka pengadilan.
Light menemui sebuah buku nota misteri, Death Note. Death Note merupakan buku nota milik setiap Shinigami (The Grim Reaper). Sesiapa sahaja yang namanya tertulis dalam Death Note, tidak dapat lari daripada kematian. Masa kematian, insiden yang membawa kepada kematian juga dapat dimanipulasi dengan menggunakan Death Note. Syarat yang paling utama, semasa menulis nama seseorang itu wajahnya perlu jelas di minda untuk mengelakkan orang yang mempunyai nama yang sama turut mati.
Selain daripada Death Note, pemilik asal Death Note yang dijumpai Light pula menjadi teman baru Light. Shinigami pemilik asal Death Note itu bernama Ryuk. Kerana selepas terjatuh ke bumi dan diambil oleh Light, Light pula yang menjadi tuan baharu Death Note tersebut. Bermula hari itu Light mula menulis nama-nama penjenayah yang terlepas daripada hukuman atau masih belum ditahan pihak polis. Light hack masuk ke data polis menggunakan nama bapanya.
Light bersembunyi di sebalik identiti KIRA. Ada dua golongan yang muncul selepas KIRA membunuh ramai penjenayah; golongan yang menganggap KIRA itu pejuang keadilan dan golongan yang menganggap tindakan KIRA itu salah. Walaupun kadar jenayah berkurangan, tetapi cara KIRA membunuh membuatkan sesetengah orang menganggap KIRA sama sahaja dengan penjenayah.
Tidak lama kemudian, muncul L si detektif misteri. Antara Light dan L, Hana suka sangat L :P Ha ha! The number one world-rated detective! Bukan tu aje, perangai L pun pelik. He loves to bent his legs while sitting, memegang objek dengan gaya pelik dan obses sangat dengan makanan manis (kek, puding, coklat etc).
Selama L menyiasat sebelum ini, tiada seorang pun yang tahu identiti sebenar L kecuali Watari, pembantu L. Hanya melalui Watari sahaja L dapat dihubungi. Pada mulanya L menyiasat kes KIRA dengan cara yang biasa, menyembunyikan identitinya. Dan L berjaya mengesan kedudukan KIRA. Malangnya, kerana desakan pihak polis di Jepun, L terpaksa mendedahkan identiti sebenarnya. L suka menggunakan strategi secara drastik untuk mengelirukan musuhnya. Penampilan luarannya juga tidak menunjukkan sikap geniusnya.
Light berjaya masuk ke dalam kumpulan khas yang diketuai ayahnya untuk menyiasat KIRA. Malangnya Light tidak dapat membunuh L kerana dia tidak mengetahui nama sebenar L. Awal-awal lagi L sudah membuat andaian Light merupakan KIRA, malangnya dia masih tidak berupaya mencari bukti. Kes KIRA yang baru muncul namun method kali ini berlainan dengan gaya KIRA yang biasa. L mengandaikan kes yang berlaku itu merupakan perbuatan The Second KIRA.
The Second KIRA merupakan Amane Misa, seorang model yang terkenal. Selepas Misa mengetahui Light merupakan KIRA yang sebenar, dia jatuh cinta dengan Light. Tetapi Light hanya menggunakan dia sahaja untuk menjayakan rancangannya. Misa memperoleh Death Note daripada shinigami bernama Rem. Tetapi Rem hanya menyampaikan sahaja Death Note tersebut. Pemilik Death Note tersebut merupakan shinigami yang bernama Gelus yang mati kerana memanjangkan usia Misa semasa Misa hampir mati dibunuh sebelum ini.
Dan, L berjaya mengandaikan Misa merupakan The Second KIRA. Oleh sebab L masih belum dapat mengetahui cara membunuh yang digunakan oleh kedua-dua KIRA, dia tidak dapat mendakwa Light dan Misa. Pada masa yang sama Light merancang sesuatu untuk membuktikan dia dan Misa bukannya KIRA. Memang otak bergeliga mamat ni, malangnya digunakan dengan cara yang salah.
Tamat sahaja rancangan Light, akhirnya L dan ahli-ahli kumpulan yang membantunya menyiasat kes KIRA termasuklah bapa Light mengetahui taktik yang digunakan oleh KIRA. Mereka berjaya menemui Death Note. Selepas menyentuh Death Note, mereka dapat melihat Ryuk dan Rem. Tetapi Light dan Misa tetap tidak dapat didakwa.
Malangnya! L mati :'( Sob3. Hana nangis tengok scene L mati, serius tak tipu. Dahlah masa tu baru aje L cakap Light tu kawan pertama dia, lepas tu dia mati pula. L mati kerana Light memperdaya Rem untuk membunuh L. Selepas itu, nama sebenar L didedahkan, iaitu L Lawliet. Watari turut mati. Sejak hari tu, Light menyamar sebagai L. Hanya kumpulan penyiasatan kes KIRA itu sahaja yang tahu Light menyamar sebagai L untuk mengelak dunia mengetahui mengenai berita kematian L.
Beberapa tahun kemudian, Near pula muncul. Near merupakan L's successor dan seorang detektif yang bijak seperti L. Near mula menyiasat kembali kes KIRA. Yang best plan yang Near gunakan untuk menangkap Light. Bijak betul perancangan strategi untuk anime ni x)
L Lawliet with his two successors, Mihael and Near (Nate River)
Panjang pula Hana membebel untuk review kali ni :P Death Note juga ada dalam versi filem. Death Note, Death Note : The Last Name dan Death Note : L, Change The World. Versi filem dan anime tak sama 100%. Plan yang digunakan untuk menangkap Light juga tidak sama, malah L masih hidup dalam ketiga-tiga filem.
Death Note merupakan anime yang amat wajib tengok kepada peminat anime. Plot untuk Death Note memang unexpected, memang tabik spring pada team yang menjayakan pembikinan Death Note dalam bentuk anime.
Till then.
Wassalam.
472#Ai no Kotoba ~ Edit Blog Mya
Selepas :
Doodle comel di header baru tu Hana ambil daripada Kak Safiena dan header ni diedit menggunakan Paint.Net dan PhotoScape. Follow + Dashboard buttons, Slide To The Top dan imej untuk Newer Posts, Older Posts dan Home tu juga menggunakan kedua-dua apps tu.
Jangan lupa terjah Mya di SINI!
Setiap blog yang Hana edit Hana kenakan bayaran RM 5 sahaja. Bolehlah buat tampung topup. He he :)
Till then.
Wassalam.
Segmen : Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2
Nabeel Fikree sedang mencari bloglist untuk bulan Jun dan Julai iaitu pencarian bermula dari 26 Mei 2013 dan berakhir pada jam 11:59 malam 30 Mei 2013 nanti. 20 orang yang bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Nabeel Fikree bermula 1 Jun nanti.
Syarat-syaratnya :
- Follow blog NabeelStories.com.
- Buat satu entri bertajuk Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2
- Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
- Tinggalkan link entry pada ENTRY INI sahaja
Harap segmen ni mendapat sambutan.
Jumlah peserta yang akan di pilih untuk masuk ke dalam bloglist bergantung kepada penyertaan anda.
.
Till then.
Wassalam.
Saturday, May 25, 2013
470#Ai no Kotoba ~ Makna Di Sebalik Bilangan Bunga Ros
- 1 Ros : Cinta pandang pertama, kaulah yang satu
- 2 Ros : Saling menyayangi antara satu sama lain
- 3 Ros : I love you
- 6 Ros : Aku ingin menjadi milikmu
- 7 Ros : Aku tergila-gilakan kamu
- 9 Ros : Cinta yang abadi, hingga hujung nyawa
- 10 Ros : Kamu adalah sempurna
- 11 Ros : Kaulah benda yang paling berharga, yang paling disayangi
- 12 Ros : Be my steady
- 13 Ros : Peminat rahsia
- 15 Ros : Saya minta maaf, tolong maafkan saya
- 20 Ros : Percayalah, aku sangat jujur terhadap kamu
- 21 Ros : Aku setia pada mu
- 24 Ros : Tak boleh berhenti teringatkan kamu, 24 jam sehari
- 33 Ros : Menyatakan “ Aku cinta padamu.” dengan lebih mendalam
- 36 Ros : Aku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama
- 40 Ros : Cintaku padamu adalah tulen
- 50 Ros : Cinta yang tiada sesalan
- 99 Ros : Aku akan mencintaimu sepanjang hidupku
- 100 Ros : Akan kekal bersama bahagia abad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia
- 101 Ros : Kaulah satu-satunya cintaku
- 108 Ros : Jom kahwin!
- 365 Ros : Tak boleh berhenti memikirkan kamu selama 365 hari
- 999 Ros : Cinta yang berkekalan sampai bila-bila
Kredit : SINI
Tak tahu nak pilih yang mana satu :P Korang suka yang mana? Hee :D
Till then.
Wassalam.
Friday, May 24, 2013
469#Ai no Kotoba ~ Edit Blog Mya : Pengguna
Selepas :
Actually background untuk blog pertandingan ni plain black tapi Mya tukar guna background ni. Tak apalah. He he :) Hana tak tahu nak guna background macam mana untuk nampak formal (@__@) Nampak warna dark plain aje, tak pun white.
Nak tanya, ada cadangan online editor atau downloaded editor tak selain daripada Photoshop dan PhotoScape? And, biasanya korang guna tutorial blogger mana untuk edit blog? Hana biasa guna Kak Lyssa punya aje. Nak tau tutorial lain selain daripada Kak Lyssa :)
Jangan lupa terjah blog pertandingan Mya di SINI! :D
Till then.
Wassalam.
468#Ai no Kotoba ~ Akhirnya! :D
Insya-Allah, this coming September I will be the official student of bachelor program di UniKL MESTECH.
Untuk sambung ke bachelor program, kami perlu pilih tiga bachelor program yang diingini. Biasanya mostly akan dapat first choice kecuali tidak melepasi pointer yang diperlukan untuk sesetengah bachelor program.
Pilihan Hana masa isi form ni :
1 : UniKL MESTECH - Bachelor of Clinical Laboratory Science (Hons.)
2 : UniKL MESTECH - Bachelor of Medical Science Technology in Environmental Healthcare (Hons.)
3 : UniKL MICET : Bachelor of Chemical Engineering Technology (Hons.) in Food
Alhamdulillah, dapat juga first choice. He he :D Kerja dalam lab lah nampak gayanya. Main dengan darah semua tu ^^ Bachelor program selama empat tahun. Insya-Allah akan grad umur 23 nanti :)
Doakan Hana dan kawan-kawan ya? Nervous and excited padahal bulan September lambat lagi :) Technical training pula akan bermula 8 Jun ni :)
Till then.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)