Friday, April 6, 2012

224#Ai no Kotoba ~ Tesco + Jalan-jalan Cari Makan


Lepas solat Maghrib tadi, adik Hana, Syikin beritahu yang kitorang akan keluar lepas ni. Tempat favourite mama dan abah iaitu Tesco. Jarang lepak kat KB Mall sebab ramai orang. Kat Tesco ramai juga tapi agak tenanglah sikit. Bak kata kawan Hana " Tempat golongan parents kita lepak." Kat KB Mall pulak " Tempat golongan muda mudi lepak." Ha ha. Dah betul rasanya cakap dia tu. Hana pun suka ke Tesco daripada KB Mall. Rasa macam agak sosial kalau pergi KB Mall. Banyak sangat makhluk berlainan spesies daripada Hana kat sana *sighed*. Bukannya nak kata anti lelaki, tapi bila tengok sekumpulan lelaki yang tinggi & badan besar, rasa kecik aje kita yang tak cukup ketinggian ni *sighed*. Dengan fesyen yang semacam aje pulak tu. Adakah Hana dah masuk golongan veteran sebab suka tempat macam Tesco, bukan KB Mall? (=.=')


Shopping barang Syikin yang nak pergi rombongan sekolah dia aje. Minggu depan. Banyak gak negeri yang akan dia lawat nanti. Hana pulak join kem BSM. Minggu depan jugak cuma 3 hari 2 malam aje. Kali ni bukan sebagai peserta, tapi sebagai sukarelawan. Tolong apa yang patut. Bangga jap sebab nanti dapat name tag sukarelawan, bukan peserta :D Wajib simpan name tag tu nanti. Ha ha.

Lepas shopping, abah ajak pergi makan. Ingat kan nak makan kat Tesco. Kat ground floor banyak je Food Court, Kenny Rogers, Chicken Rice Shop, Secret Recipe dll. Tapi kali ni abah ajak pergi makan kat restoran yang berdekatan dengan Tesco. Restoran Nasi Ayam Mualaf. Best! Besarrr dan banyakkk ayam dia bagi. Kenyang sampai sekarang. Dah lah sedap! Selain makan nasi ayam, abah order Western Prawn gak. Besttt jugak XD


Ramai jugak yang datang makan kat situ. Servis pun cepat. Baru aje order, terus sampai makanan yang kitorang order. Panas-panas lagi. Neesa pun syok sebab dapat makan dengan garfu. Budak tu sibuk aje nak cilok jus oren Hana. Ha ha.

Lepas kenyang, terus blah balik rumah. Sekarang ni pun tinggal Hana aje yang tak tidur lagi. Tidur lambat lagi kot. Tak ada gambar personal untuk entri ni sebab Hana tak suka sangat ambil gambar. Kadang-kadang aje.  Gambar kat atas tu pun cilok Pak Cik Google punya. Peace (^.^)v

17 comments:

  1. kedai nasi ayam Mualaf ye..
    dekat ngan Tesco mana ye..Tesco Melaka ea?

    ReplyDelete
  2. kedai nasi ayam Mualaf tu dkt ngn Tesco mana ye?Tesco Melaka ea..?

    ReplyDelete
  3. cuba lepak hari sabtu kat kb mall. macam2 fesyen kan. ala k-pop pun berlambak. intrend sgt dorang kan. pakai mufler bagai lilit2. makan2 kat tesco lagi best sbb byk choice kan.

    ReplyDelete
  4. salam dear kak citra ni actually dari segmen nasz blogwalking tu tp tersesat komen kat sini plak.. kak dah follow awak balik tau..

    p;s sebenarnya nak ckp kalo g tesco beli barang basah jgn lupa singgah kat bahagian daging lembu ye kot boleh nampak pic suami kak kat situ.. huhu

    ReplyDelete
  5. @Brojauhnya Melaka =.= Hana dok kat Kelantan aje... x tau la kalo ada restoran sama kat Melaka

    ReplyDelete
  6. @NIZAMhaha.. paling x suka pergi hari sabtu.. mcm2 fesyen pelik2 boleh tgok.. hari jumaat tahan sket sbb lelaki kena pi Solat Jumaat.. kalo ada gak tu kantoi x smayang la tu.. haha..

    ReplyDelete
  7. @Citra NaniZamhehe.. suami kak citra jd ambassador ke? :D

    ReplyDelete
  8. hi..!
    jom baca entry baru pka.

    http://pkaemerald.blogspot.com/2012/04/ziela-make-up-by-pka-rahim.html

    tq :)

    ReplyDelete
  9. samalah.. tak suka tempat yg sesak dgn orang.. rasa macam nk pitam.. huhu

    ReplyDelete
  10. hehe.. betul gak kata kawan hana tu.. tesco tmpt parent kita lepak.. tapi kalau ckj suke lepak depan lappy je.. window shopping on lappy.. hehe..

    wah jadi sukarelawan? bestnye... ckj last jadi fasi masa sekolah dulu.. huhu..

    baguslah perkhimatan restoran nasi ayam mualaf tu.. ini yg pelangggan nak kan? tesco kat ner ea Hana? hehe..

    ReplyDelete
  11. @Cik Kay Juesuka lepak ngan lappy jugak XD yg ni Tesco Lembah Sireh, area KB, Kelantan

    ReplyDelete
  12. SUKACITA saya maklumkan bahawa jawapan anda SALAH :)

    ReplyDelete
  13. @Yayah NasakeKak Yayah kejam XDDD aiyo.. mana reti nk teka2.. aish.. :p

    ReplyDelete
  14. adeh... jauhnyer kat kelantan.. huhu..

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)