Thursday, April 19, 2012

Projek Amal Blogger Malaysia ~ Hari Belia 2012


Entri ni khas sempena Projek Amal Blogger Malaysia. Hana nak cerita sikit pasal Hari Belia 2012 atau Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan berlangsung Mei akan datang. Sesiapa yang berminat jom lah baca sedikit info pasal Himpunan Jutaan Belia ni!




Himpunan Jutaan Belia 2012 (HJB) ni akan diadakan di Putrajaya! HJB ni bermula 23 Mei hingga 27 Mei. So, sesiapa yang tinggal berdekatan area PJ atau tengah melancong masa kat PJ masa HJB ni diadakan boleh lah korang datang ke sini. Banyak aktiviti menarik yang akan diadakan seperti pertunjukan, peluang perniagaan, ruang untuk belia mempamerkan bakat dan juga melihat persembahan artis! 

Sesiapa yang minat K-pop macam Hana tentu teruja sebab dengar kata kumpulan CN Blue, Teen Top,  Dal Shabet dll akan datang sebagai artis luar negara. Kalau tak salah, ada lagi tapi dah lupa. Ha ha. Tak lupa juga dengan persembahan artis dalam negara. *maklumat berubah dari masa ke semasa* (^.^)v

Macam yang korang tahu, belia merupakan aset penting sesebuah negara sebab para belia lah yang menyambung legasi kegemilangan sesebuah negara dengan buah fikiran dan tenaga kerja yang dihulurkan. Jadi, di sini salah satu usaha untuk semua lapisan masyarakat lebih menghargai belia yang berjaya menjadi modul insan kelas pertama ini.

So, kalau korang nak tahu dan rasai keseronokan aktiviti-aktiviti di HJB, sila lah datang ke Putrajaya! For sure korang tak akan rasa rugi sebab banyak manfaat melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan. Kalau korang nak tahu maklumat yang lebih lanjut atau nak survey aktiviti menarik sepanjang HJB, bolehlah ke SINI. Daa~ (^.~)

3 comments:

  1. macam best je.. nak join.. tahun lepas tak join.. tak dapat tengok suju.. hihi

    thanks for the info ^_^

    ReplyDelete
  2. tengs 4 da info ! hee. cam best je. tp xleh join. jauh... >.<

    ReplyDelete
  3. Hari belia ni best ! Dah pergi tahun lepas :D

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News