Friday, April 20, 2012

251#Ai no Kotoba ~ Al Fatihah Pada Almarhum Dato' Wan Azhar b. Wan Ali


Agak terkejut bila buka News Feed, ternampak status Abang Mie yang mengatakan Dato' Wan Azhar b. Wan Ali telah pun dijemput Ilahi, pada malam Jumaat yang mulia ini. Yang dijanjikan oleh Allah SWT bahawa sesiapa yang meninggal pada hari ini akan terhindar daripada azab kubur. Banyak jasa yang arwah taburkan sepanjang berkhidmat dalam organisasi Bulan Sabit Merah Malaysia. Selain merupakan Pengerusi Bulan Sabit Merah Kelantan, arwah juga merupakan Naib Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia. Hanya sekali sahaja Hana sempat bersua muka dengan arwah. Iaitu sewaktu Sukbel 2011

Arwah seorang yang komited dengan tugasnya, berdikari walaupun arwah sudah lama sakit sehingga memerlukan kerusi roda, bertanggungjawab dan juga mementingkan agama Islam. Teringat kata-kata arwah sewaktu beliau datang melawat peserta Sukbel tahun lepas. " Sesiapa yang belum solat, pergi lah dahulu. Kita berjumpa selepas ini. Laksanakan yang penting dahulu." Arwah sanggup menunggu walaupun mengambil masa :')



Antara aktiviti yang arwah pernah anjurkan.




Ya Allah, kau tempatkan beliau dalam golongan hamba yang menaati-Mu, bersama-sama penghuni jannah-Mu, Ya Allah. Banyak jasa beliau kepada kami Ya Allah. Kau berikan ganjaran setimpal dengan perbuatan beliau sewaktu beliau masih hidup. Amin Ya Rabbal Alamin..

3 comments:

  1. Assalamualaikum..nanti abe mie akan tulis berkenaan arwah dari pandangan tugas abe mie sebagai sukarelawan Bulan Sabit Merah..insya Allah

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..nanti ada masa, abe mie akan tulis berkenaan arwah dari pandangan Abe Mie sebagai sukarelawan..

    Banyak juga gambar yang diambil dan tidak tergamak nak tag arwah Dato' yang kat gambar di Sukbel sebab berkerusi rota...sedih sangat..

    Banyak sumbangan dia dan gambar berkenaan dia ada di dalam simpanan Abe Mie

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News